Friday

Protes Mahasiswa di Putrajaya, 3 ditangkap


Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

student protest arrestMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

students protest against price hike in putrajaya another arrestSeorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

students protest against price hike in putrajaya pm's department

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mstudents protest against price hike in putrajaya policeemorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumbar: Malaysiakini

ReJaM©

8 comments

kerja bangang je ni.silap negara la korang brhimpun mcm ni. smak blik ciri2 demokrasi malaysia ni mcm mne. malaysia ni amalkan zerorist democracy dan berpaksikan pd sistem pemeritahan semi-authorian kalau ikut dlm term political sciene. dgn berhimpun, brdmonstrasi serah memorandum boleh mngubah segla yg da berlaku ke? kenaikan harga minyak akan mmpengaruhi kenaikan harga2 lain. tp persoalannya ada kah dgn penurunan harga minyak akan mbbwa kpada penurunan harga barang semua?? xpun. malaysia ni bukan negara yg lahir hasil dari sebuah revolusi. lain la dgn Indonesia, Thailand, Fillipina. sejarah kewujdan negara bngsa mereka sndri hasil dari revolusi dan pertumpahan darah untuk dptkn kmrdkaan. so smpai skg pun nilai2 dan asas prjuangan bercorak radikal dan revolusi da bersemai dlm diri rakyat mereka. sbb tu mereka snng kumpulkn rakyat or mahasiswa mereka utk bngkit mnntang kerajaan yg mereka xpuas hati. malaysia lahir dr perundingan dan perdamain utk dapatkan kemerdekaan. so kalau krong berdemonstrasi mcm ni apa yg korang dpt. nonsense. sbb interest mahasiswa kat malaysia bukan more to politics. nothing will be change ,mahasiswa gunakan akal untuk bertindak bukan ikut kata hati. yg ni smua ikut kata hati. silap2 memeorandum tu masuk tong smpah je. nk wat revolusi gmblengkan sekali 50000 mahasiswa ke. plan 1 gerakan sulit, rekrut mahasiswa yg ada pengaruh kuat dan dikenali xkira dlm bidang apa. semaikan budaya politik , biar mreka kenal apa itu politik yg sbenarnya. so dgn sendriya mereka akan nmpak jelas situasi yg sbnar brlaku kat malaysia ni dan mereka sndri akan bngun perjuangkan hak2 yg ternoda. secara automtik mereka yg direkrut ni akan sebarkan kpd rkyat so lg mudah utk gmblngkan mahasiswa ni. sekadar pandnagn peribdi . aku brckp sbb aku student political sciene.

redzuan,ak bukan student political science,tapi at least they are doing sumthing bout dis,the awareness of student mmg at the lowest possible level now,sebelum nak mobilise orang,kita kena tgk plak awareness cmne..
cmnie la analoginya,brape ramai yang g semayang jumaat,tapi smayang wajib tinggal,maknanya roh perjuangan tu x kuat,x teguh,at least klu sikit2 nie pun,ada jugak yang sedar...

ingat kata2 pujannga pemimpin indonesia nie,lebih kurangla,
kasi 100 orang tua,aku xleh bwat pape,tapi kasi 10 org muda,aku akan menggoncang dunia..

jadikan dunia ini milik anak muda yang berfikiran muda!
jangan mandulkan dengan dogma buku!

demonstrasi ni perkara biasa je kalau tengok kat oversea mcm uk and us. yang beza kat sana senang je nak buat, siap polis kat sana tolong kawal lagi. bukannya menghalau slalu. aku bercakap berdasarkan experience study di ireland dulu. KEY kalau nak berdemonstrasi mesti secara aman. tapi tak taulah kat malaysia ni boleh ke tak. kalau yang menentang tindakan kerajaan selalunya susah nak diberi permit. lagi satu, demonstrasi bukan the only way untuk solve problem. aku tak kata demonstrasi tu salah, tapi kalau boleh berunding, better buat macam tu. cuba fikir sikit sapa yang affected by demonstrasi. kalau jalan jammed and terjejas perniagaan, kerap sangat demonstrasi pun payah gak. korang tak affected senang la cakap.. so demonstrasi takyah ramai2, sebab yang penting awareness tu.. tu ultimate goal berdemonstrasi.

tak payah nak demonstrasi lah. kalo dah student tu study je lah. apa logiknya korang pulak yg nak kena pegi wahai student2?? Orang lain ada. Korang tu dah name pon student study lah. kalo nak berpolitik masuk MPP. Ini hal universiti sendiri pun tak terurus nak sibukkan diri dgn agenda orang lain .. tak rasional.

okey apa mahasiswa demonstrasi.. kalau tiada orang yang menegur kerjaan, kerajaan akan buat sesuka hati..

setelah meneliti perkara diatas..ada betul ade salah....kdg2 kita xleh puaskan ati semua pihak...cara demonstrasi tu ok..kita leh tau bepa ramai yg xsuka akan sesuatu hal...tp xtahulaa agenda pemimpin yg kita pilih tu macammna.....mungkin ade motif tersendiri...lau baik..baiklaa..lau buruk2 laa...so arahan pemimpin tidak mahu tidak kita kena setuju selagi dia xtunjukkan kekufuran yg nyata....that`s why kita kena pilih pemimpin yg berperikemanusiaan..jgnla yg berperikebinatangan..choose the best.. solat 5 waktu...so pikir2kan dan renung2kann....tegakkan khilafah di bumi malaysia....satu2nyaa jalan penyelesaian kita skunk..back to quran..wallahhualam

sikit-sikit demo..sikit-sikit demo..korang para student2 @ mahasiswa/siswi Allah dah bagi kepandaian walau tak berapa pandai sebenarnya..gunakanlah kepandaian tu sewajarnya..jangan menyusahkan org lain di atas ketidakpuasan hati segelintir pihak yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat..entahlahhh

can you comment on wikileak revelation please. why your dad plan to sue Dr M but not LKY or wikileak?


EmoticonEmoticon