Sunday

Satelit India meletup beberapa saat dilancarkan


Inilah detik bersejarah saat kejadian dramatik apabila program angkasa India menghadapi halangan terbesar apabila satelit komunikasi canggihnya meletup hanya kira-kira seminit selepas dilancarkan ke angkasa.

Seorang pegawai Organisasi Kajian Angkasa India, ISRO (Indian Space Research Organisation) yang tergamam dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu tidak dapat memberikan alasan tentang punca letupan tersebut, namun seorang pegawai memberitahu bahawa terdapat kesilapan pada tahap kedua pelancaran roket tersebut.

"Roket tersebut pada tahap awal menunjukkan ia berfungsi secara normal. Masaalah mungkin timbul pada tahap kedua pelancarannya ia tidak menerima daya tujahan yang cukup" menurutnya.



Namun begitu seorang lagi pegawai mendakwa, roket tersebut telah mengalami kegagalan sejak di awal pelancarannya lagi.

Satelit GSAT-5P bernilai jutaan pound sterling seberat 310 kg itu, mengikut perancangannya untuk memenuhi keperluan sektor telekomunikasi dan jabatan kajicuaca India.

Roket tersebut dilancarkan ISRO pada jam 4.04 p.m waktu tempatan bersama satelit dari pusat angkasa Sriharikota, 80 km dari Chennai.

Kejadian ini mengimbas kembali kejadian letupan kapal Challenger Space Shuttle pada tahun 1986, roket milik kejajaan India meluncur ke angkasa, sambil memancarkan api jingga yang tebal di bahagian ekornya sebelum ia meletup dan bersepai.

Mujurlah roket ini tidak membawa manusia. Kejadian kapal Challenger yang lalu telah mengorbankan 7 orang krew.

Pelancaran roket tersebut pada asalnya dijadualkan pada 20 November, namun telah dibatalkan sehari sebelum pelancarannya apabila satu kebocoran dikesan pada salah satu daripada injap-injap enjin cryogenic buatan Russia itu.

Kemudian, ujian demi ujian telah dijalankan untuk memastikan kestabilan injap berkenaan. Pihak ISRO akhirnya telah meluluskan pelancarannya pada hari Krismas.

Negara Russia telah membekalkan 7 enjin cyrogenic, dan India telah menggunakan 6 daripadanya sehingga ke hari ini.

Satelit GSAT-5P dijangkakan mampu bertahan selama lebih 13 tahun. Ia mempunyai 36 transponder, penerima dan pemancar automatik untuk tujuan signal-signal komunikasi dan penyiaran.


Sumber: Free Malays

ReJaM© "Kita hanya mampu merancang..."

3 comments

bro rejam cane nak letak butang like pulak eh kat blog?

Haha... nanti aku anta kat email baginda....

Baru je sblum ni roket satelit GLONAS rusia gagal naik. Jatuh kat laut Pasific.


EmoticonEmoticon