Monday

Hadiah kemenangan BN, minyak naik lagi!


Khabar angin yang mengatakan harga minyak akan naik sekiranya Barisan Nasional menang di PRK DUN Tenang kini menjadi berita sahih. Kerajaan dilihat menggunakan PRK sebagai penanda penerimaan rakyat terhadap kenaikkan harga barang [Malaysiakini]. Kemenangan BN di DUN Tenang menunjukkan penduduk Felda menerima seadanya kenaikkan harga barang sebelum ini.



Jelas sekali penduduk Felda kini sudah kaya raya dan terlalu banyak duit sehinggakan tidak tahu ke mana harus dibelanjakan duit-duit yang banyak itu. Maka tidak hairanlah boleh dikatakan semua peti undi di kawasan Felda di DUN Tenang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Tok Ai meskipun sudah diberi amaran bahawa kenaikkan barang akan berlaku sekiranya BN menang di DUN Tenang.

Apa pun tahniah kepada penduduk Felda yang mengundi BN, terimalah hadiah anda sebagai tanda kesyukuran kepada kerajaan. Kini anda mempunyai lebih alasan untuk berbelanja lebih. Selepas ini ada khabar angin yang mengatakan kerajaan akan menaikkan lagi harga barang sekiranya BN menang lagi di PRK Merlimau, yang menjadi penanda aras kedua penerimaan rakyat terhadap kenaikkan barang sebelumnya.



ReJaM© "Teruskan mengundi Barisan Nasional untuk berbelanja lebih!"

19 comments

Itu Ron97,bukan Ron95
Yg disubsidi Ron95,setahu aku Ron97 mmg ikut harga semasa,skrg kalau tengok pun ramai yg pakai Ron95..

Pukimak BN, aku dari dulu pakai RON97....
Memang sial BN, gila naikkan harga!

Dgn keputusan di Tenang, BN bertmbah yakin utk memperkudakan rakyat. Yesssssssss hadiah kemenangan di Tenang. TQ BN..

p/s: kalu kedudukan politik Malaysia seimbang (check n balance), tentu pemerintah berfikir 100x utk menaikan sst harga barangan dn begitu juga lain2 jenayah korupsi.

najib dan rosmah memang baik hati.. saya pun ada duit yang banyak, boleh la perabis kat kerajaan BN yang sgt adil dan saksama ini.. saya menyeru kepada semua, teruskanlah undi BN, tanpa BN siapalah kita.. dan kepada makcik2 dan pakcik2 felda, terimalah hadiah ni, kita mesti bersama sama berganding bahu untuk membuncitkan perut kerajaan kita..bersyukur kepada kerajaan, nanti naikkan harga lain pulak...

dengan kenaikan harga minyak RON97 kepada rm2.50,maka kita akan terus menggunakan minyak yg tidak berkualiti RON95..bagusla kerajaan zalim kpd rakyat. RON97 ikut pasaran dunia?? harga naik dia ikut..bila harga dunia turun buat senyap jer!! Tahniah BN..

CELAKA BN!!! BABI BN!!!!

duit dh hbs utk tenang...diorg cover balik dgn naikkan harga..mmg hadiah yg paling bermakna utk rakyat malaysia...terima kasih be end!

orang felda mmg kaye...klu tk kne tipu lg kaye..haha..dapat pecah kubu bee end kt felda hbs felda kosong tk de orang sume kne keluar ...

senag cerita orang felda ni memang jenis bangang...taktau nak kata ape dah...bila kena tipu dengan gomen tau cari pembangkang nak menang...bahalol

Rakyat Felda Tenang!!! Semoga kamu semua Berjaya...TUNGGU LAH AKIBATNYA...tu jam kamu akan sedar 'tinggi atau rendahnya langit tu'

la ni musim hujan...nak noreh pun xleh..banjir lak. rosak pokok kelapa sawit..hemmm. Nasib badan la org kampung n felda...

jangan la emosional.banjir tu hikmah dan kifarah.korang tk ada peluang ke nak jadi keluarga felda.akak mengalu2kan...betapa mewahnya hidup mati tak tau lagi.welcome2 ke felda takat milosuam tu hmmm..bagi percuma je..tak de la bankrap.tanah sawit ada 10 ekar hasil 8 tan cuba kira sebulan makan 2 orang je.mana rasa barang naik.rasa macam gigitan kerengga je .pencen akak pun tk habis makan.takat tukar2 tiub moto ni hmm..macam mimpi senje dok kt felda...tapi masih ada jalan pulang kan..walaupun terpaksa lalu anak sungai derhaka untuk sokong tok guru...

sape yg undi BN mmg BoNgok. ko tak nampak yg kerajaan ko nih asyik naik kan barang je..

agak2 la ye nak mengutuk orang felda, kerana saya juga orang felda, nak marah2 atau lepas geram tu terpulang pada individu,
tetapi jika orang felda dikata bangang bulat2 sudah agak berlebihan tu,
dan jika kata orang felda orang kaya?, apa yang saya boleh bagitau,
kami bukan kaya, cuma berkemampuan untuk menyara keluarga,anak2 ke sekolah, sambung pelajaran sahaja...

Bukan ke RON95 pun la ni dah jadi RM1.90? Hmmm... gamaknya harga perlu seiring dan sejalan la ek... Baru la best. Macam Pak Jib seiring sejalan dgn Mak Mah... Suka... suka...

Bila lah harga minyak nak turun, adakah ia akan jd impian dan harapan semata-mata. Di manakah hak kami sebagai rakyat jelata kiranya kenaikkan minyak dpt membantu ekonomi bangsa Melayu yg tengah bangkit ini...

mmg la yg naik RON97, tp itula minyak yg patut kita pakai..RON95 nie kurang berkualiti..
ooooo, rakyat biasa cam aku nie boleh pakai RON95 je la..nk pakai minyak yg berkualiti mahal plak..org2 kaya gak yg dapat pakai..isk isk isk...

nak ikut nafsu marah ak nak maki je kerajaan yg ad nih..asyik nak naikan harga barang je.. kasihan lah rakyat kat bawah. bukan sumany senang. ap punya kerajaan lah..

Takpe lah tak usah berporak puranda kat blog ni, klau rasa tak puas hati, nanti time mengundi turunlah dan pangkah la yang mana suka. Tapi aku utamakan yang perjuangkan agama islam. Nanti dah mati esok jawablah yang mana yang korang pangkah kat depan tuhan ya.


EmoticonEmoticon