Monday

Lelaki mohon hak tukar jantina di mahkamah




Seorang rakyat Malaysia telah bersumpah untuk memperjuangkan haknya selepas mahkamah menolak untuk membenarkan dia mengubah status jantina di dalam kad pengenalannya MyKad kepada wanita berikutan pembedahan jantina yang telah dilakukannya.

Peguam Wong Kah Woh, berkata mahkamah tinggi telah bersidang pada hari Jumaat dan bersimpati terhadap kes ini, namun tidak dapat memutuskan perihal anak guamnya yang berusia 35 tahun itu yang tidak dapat disiarkan namanya atas sebab keselamatan. Mahkamah dikatakan tidak dapat memutuskan berikutan ia di luar bidang kuasanya.

Wong berkata, anak guamnya telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemas kini status jantinanya yang tercatat pada kad pengenalan selepas menjalani satu pembedahan penukaran jantina yang dijalankan di Thailand pada 2006, namun dia diarahkan untuk memohon arahan daripada mahkamah untuk mengesahkan bahawa dia adalah seorang wanita.

"Mahkamah memutuskan bahawa ia tidak bersedia untuk memberikan kelulusan permohonan tersebut memandangkan ia tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian. Anak guam saya sangat sedih namun dia akan terus memperjuangkan haknya dan membuat rayuan di atas keputusan itu" Kata Wong.

Pembedahan penukaran jantina adalah sah di sisi undang-undang negara Malaysia yang terdiri daripada majoriti penduduk Muslim. Namun penukaran status jantina dalam kad pengenalan tidak dibenarkan.

Para pejuang hak asasi menganggarkan terdapat kira-kira 50, 000 transexual di Malaysia, kebanyakkannya menghadapi kecaman dan prejudis, dan selalunya mereka sukar untuk mendapatkan kerja.

Sumber: Free Malays

ReJaM© "Ntah hape-hape..."

6 comments

"Pembedahan penukaran jantina adalah sah di sisi undang-undang negara Malaysia yang terdiri daripada majoriti penduduk Muslim."

Apsal tak haramkan pembedahan penukaran jantina kepada org Islam sahaja. Dalam Islam sndiri pon benda2 camni salah.

kalau dibiarkan kejadian tukar jantina itu sewenang-wenangnya, what to expect next?

Hak nak kawin dengan lembu?

Ape sudah jadi nie..huhu.Rosak2 selagi islam tidak ditegakkan.

PRU13 JOM Berubah untuk masa Depan.

bagilah kelulusan kepada mangkuk tu...kesian kat dia...kata sah...
1malaysia..rakyat didahulukan....;) hihi

hmmm.suka hatilah.asalkan bukan saudara muslim yang tukar jatina sudah.dah puas jadi lelaki kot...akak no komen..

undang-undang manusia memang payah..


EmoticonEmoticon