Saturday

ADUN BN Kerdau meninggal dunia, PRK 16 menyusul


Berita yang dipetik daripada Malaysian Insider, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi. [Msian Insider]

“Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh,” kata kenalan rapat beliau.





Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

“Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya,” kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.




ReJaM© "Al-Fatihah"

10 comments

Wah rezeki orang Kerdau mencurah-curahla lepas ni....

org kerdau dah boleh beli tabung byk2 pasni..takpun gantung stokin depan pintu..rezki dtg tue.. :)

harge minyak akan naek lg 2 kali le jawabnye

demam lagi pak ajib heehehe...

Insan:

Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.

Bermula dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-projek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung-hayang dan gayat dengan bangsa asing.

Contohnya kes Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing. ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?Lihat,bangsa asing sanggup mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH.Ini adalah trend penjajahan masa kini.

Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.

Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.

Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.

Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.


Menarik. Baca lagi di:

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html

rumah sape yg belum siap atau ade perancangan nak perbesar rumah kat kerdau ni,boleh da buat press conference kate 'saya da tak caya parti' sambil pegang borang masuk ahli songkok tinggi.

-aQu-

lepas ni Santa Claus akan datang dgn membawa wang berguni-guni dan projek mee segera. Ho ho ho!

jalan raya kat equine park ke puncak jalil dah bertahun lagi daif drp jalan felda. bila la adun sini nak KO?

orang melayu bukan semua pentingkan diri. tapi ramai yang gelojoh yang beriya nak jadi pemimpin.

http://beritasemasa.com/masalah-sosial-dan-pelacuran-di-kelantan-tindakan

http://beritasemasa.com/masalah-sosial-dan-pelacuran-di-kelantan-part-2

Berhati-hati dengan blog "Berita Semasa". Walaupun pada luaran ianya seperti blog neutral/pro pakatan, tetapi artikel terbarunya adalah diambil dari blog si malaun "Kickdafella".

http://kickdefella.wordpress.com/2011/02/11/orang-kelantan-mudah-lupa-dari-serambi-mekah-ke-serambi-golok-pt-1/

Blog itu melaporkan "Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan" seolah-olah mereka sendiri yang pergi menyiasat, walaupun sebenarnya diambil dari blog si malaun "kickdafella". Sebarang komen yang mengkritik dan mengaitkan blog itu dengan blog Kickdafella akan dibuang untuk cuba menyembunyikan kebenaran.

Maaf, komen ni takde kena mengena dengan artikel.

akan berlaku lagi projek2 KEBETULAN barisan nasional di kerdau kahkahkah dan akan ramai lagi ahli pkr dan pas akan keluar parti masuk bn sebab 'DAH MUAK' dengan pakatan rakyat KAHKAHKAHKAHHHKIOK goreng jangan tak goreng...goreng sampai rentung!


EmoticonEmoticon