Tuesday

Pendakwah Kristian dakwa Kiamat jatuh pada 21 Mei 2011




Pihak berkuasa agama negeri ini digesa segera menyiasat motif sekumpulan pendakyah Kristian warga Amerika Syarikat yang giat menyebarkan risalah berkaitan hari kiamat mengikut kepercayaan mereka di sekitar bandar ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Khairy Abdul Ghani berkata, usaha penyebaran risalah tersebut mestilah dihentikan segera kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah dan berlaku panik di kalangan umat Islam.

“Kelmarin (Ahad), kira-kira jam 2.30 petang kami didatangi sekumpulan warga Amerika yang bertindak menyebarkan risalah berkaitan ‘Judgement Day on May 21, 2011’ oleh pendakyah Kristian yang memakai seragam yang sama bertemakan Judgement Day.

“Mereka mendakwa, mereka dalam perjalanan ke merata tempat dengan menaiki kapal untuk menyebarkan makluman tersebut kepada semua umat manusia di seluruh dunia,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut Khairy yang membuka perniagaannya di pusat perniagaan East Coast Mall dekat sini, semasa menyebarkan risalah tersebut mereka mendakwa dengan kemusnahan dan bencana alam yang semakin menjadi-jadi pada masa ini menunjukkan bahawa hari kiamat sudah sangat hampir.

Tambahnya, beliau juga mendapat maklumat orang ramai di tempat lain juga menerima risalah yang sama kerana pendakyah berkenaan akan menumpukan sasaran di tempat orang ramai bercuti hujung minggu.

Sebagai Muslim kita sentiasa percaya kepada Hari Akhirat iaitu kehidupan selepas mati, tetapi menurut risalah yang diedarkan, hari Kiamat itu akan berlaku pada 21 Mei 2011 mengikut formula mereka"

“Pada saya hanya Allah yang tahu bila kiamat akan berlaku dan bukan ditentukan oleh manusia. Mungkin juga ada agenda lain di sebalik penyebaran risalah tersebut iaitu untuk melemahkan umat Islam daripada bekerja dan berusaha.

“Jadi sebab itu saya desak pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis segera bertindak kerana jika penyebaran ini tidak dihentikan segera, kami sangat bimbang sekiranya ia boleh menggugat akidah umat Islam dan mengkucar-kacirkan keadaan,” katanya.

Difahamkan, kumpulan yang menyebarkan risalah secara terang-terangan itu sengaja mensasarkan kumpulan orang Melayu terutama muda-mudi tanpa diketahui apakah sebenarnya tujuan mereka [Hdaily].

ReJaM©

28 comments

semoga berita ni sampai ke tv3 dan hadi headline mereka.. bukan ape..sape nak memberi penjelasan pada merka.. adakala ada yg percaya 2012 kiamat la..

Blog terbaik

Mnutup aurat tapi berbogel??

Ada apa dengan dara

salam...sperti yg dketahui oleh umat islam bahawasanya di dlm al-quran ada mnyatakan... apa2 pkra didlm dunia ini,atw apa2 shj,boleh dkaji dan dketahui oleh kta tetapi kta TIDAK BOLEH mglji atw mgetahui tntg ARASH2 ALLAH DAN HARI KIAMAT..itu shj..jd kpd sluruh umat islam..yg baik itu dtg dr Allah dan yg buruk itu dtg dr kita....sma2 lah kta bstu pdu dmi mngakkn syariat islam dan jgn mudah dperdyakn oleh omong kosong bangsa2 yahudi..sesguhnya di akhir zaman,islam itu akn mara kehadapan!!!!wslm -ayu

ni lah keje dajal khas utk sesatka umat Islam. Mana tau ada yang terdetik utk percaya crita mereka nie sekurang2nya org tu da jd sebahagian dr kaum mereka lor. Bahaya tu!!!...Tingkatkan lah iman...



Isu Katun Jahanam :
Sudah Sampai Masanya.
Claim Kasi Lebih.
Ayuh Pilih Hala Tuju Negara Kita.

21 Mei 2011? Jatuh hari sabtu. Dalam Quran sudah nyatakan kiamat akan jatuh pada hari Jumaat. Sekian dahulu, jangan tinggal solat ya.

Ya ALLAH tetapkanlah iman kami....ni la pemikiran yahudi.

hmmm,,betul tu jgn tinggal solat,,

Yang beragama Islam, tak perlu mengelabah, pasal itu dakyah mereka. Yang penting mana2 media (perdana atau tidak) perlu mengingatkan kaum muslimin dan muslimat untuk tidak menunggu2 hari kiamat sebalik nya yg penting tingkat kan iman, tegak kan solat dan yg sewaktu dgn nya. Biar lah mereka dgn dakyah mengarut mereka. Kita perbaharui diri kita dan tingkatkan lagi iman kita,tegak kan solat, tegak kan agama, Insya-Allah...mati pun tak apa, nak Kiamat pun dh ketentuan Allah s.w.t pada bila2 masa atau hari yg telah ditentukan oleh nya. Wallahualam. pendapat saya shj. Assalamualaikum.

jangan fikir pasal kiamat alam semasta.. itu hanya allah sahaja yg maha mengetahui kerana itu urusan allah (rahsia allah) sedang kan nabi tak dapat memberi tahu bila kiamat yang sebenarnya hanya petanda2 kiamat sahaja nabi dapat memberitahu.....yg penting kiamat kecil yaitu mati .....mari lah kita sama2 membuat amal ibadah untuk memdapat keampunan dan keredhoanya (allah).....

RISALAH PERLU DISEKAT SEBAB IA TAHYUL

utk menyekat risalah itu tidaklah mudah juga kerana ini zaman IT. tetapi usaha menyekat perlu kerana itu tanda kita menolak suatu perkara tahyul dan penuh lawak.

GUNA KESEMPATAN MENYEBAR DAKWAH MENGENAI KIAMAT

yg lebih penting ialah MENYEBAR PANDANGAN ISLAM MENGENAI KIAMAT KEPADA SELURUH UMAT SAMADA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM.

sebaran risalah mereka itu juga boleh jadi perangkap kepada mereka sendiri dan kita perlu mengambil peluang DAKWAH disini.

katakan kepada mereka SEKIRANYA KIAMAT TIDAK BERLAKU PADA TARIKH 21 MEI 2011, MAKA APAKAH MEREKA SEDIA MENGKAJI PANDANGAN ISLAM mengenainya pula?

JANGAN PANIK MENGENAI RISALAH

jangan panik mengenai perkara ini. ada buruk baiknya. yg penting bijak mengambil peluang menyebar kebenaran kepada umat islam ataupun bukan islam.

KIAMAT KECIL DAN KIAMAT BESAR

disebalik semua itu tekankan bahawa kiamat ini ada 2 iaitu :

Kiamat Kecil - kematian
Kiamat besar - kehancuran dunia

ada pun kiamat kecil ini tidak ada sesiapa yg dapat menafikannya walaupun seorg songkok tinggi yg kaki fitnah. kematian adalah pasti, percaya atau tidak percaya.

kalau kiamat besar diramal risalah tu pada 21 Mei 2011, maka kiamat kecil iaitu KEMATIAN tidak ada sesiapa boleh meramalkannya. boleh jadi berlaku sebentar lagi, esok atau lusa...samada seseorg itu kaki fitnah, kaki penagih jam omega, kaki produksi video lucah semua akan kena kiamat kecil ini.

KESIMPULAN :

rasa takut akan tergugatnya akidah org muda islam dgn risalah sebegini ialah kerana budaya ilmu islam bukan menjadi agenda utama umporno yg memerintah utk disampaikan kepada umat.

hari2 cerita lucah sahaja dihidang utk merosak akidah dan minda umat islam tua dan muda. sepatutnya risalah lekeh seperti ini tidak menjadi ancaman langsung kerana telah jelas islam mengajar kita tarikh kiamat adalah RAHSIA ALLAH.

umporno juga yang perlu dipersalahkan. what to do. songkok aje tinggi tapi dalam songkok tu kosong, penuh cd lucah saja.

time si kristian nie dok bg risalah aku pn sma dpt....
mereka dtg berkumpulan tanpa segan silu bg kt semua org yg lalu lalang dpn mereka....
aku tgk diorang target org islam sbb kebanyakan yg dia bg mostly org islam sendiri

biarkan la...kalo dah nak kiamt tu kiamat jugak..sendiri mau ingatla..

gerakan nie dah ada kt US lama dah..dorg jual rmh n harta bnda dorg utk sebarkn bnda nie..ikut kefahaman dOrg la nk tetapkn mcm mna tp kita smua tahu Hanya Allah y berkuasa tntukan smua bnda nie..if kita smua beriman n yakin dgn Islam, bnde2 cmnie xde effect pown kt khidupan skrg..

itu baru pendakwah ugama kita yg kurang ilmu dah kelangkabut.. belum lagi turun nya dajjal yg ia mengatakan dia sebagai tuhan... kuasa yg ada pada nya amat luar biasa.....fikirlah sesungguhnya allah ingin menguji maknusia sejauh mana keiman kita....part 1

umat "m" x perlu la nak perbesarkan hal ni..sebelum ni pun risalah berkaitan umat "m" pun diedarkan kpd mereka2 yang bukan umat "m"..x yang keco pun..mlaysia ni negara yg berbilang kaum..jgn sampai sikap sempit umat "m" akan membawa malaysia ni ke kancah perang agama.

kenapa perlu di halang?? adakah risalah tersebut akan menyebabkan umat "m" berdosa??..lebih baik pihak2 yang berkenaan menumpukan kepada kumpulan ajaran sesat yang sering berlaku dikalangan umat "m" dari memperbesarkan isu ni..

org islam yg dpt risalah tu buat repot polis...risalah2 mcm ni tk boleh disebarkn kpd org islam

ALAMAK!!!!! 21 May tu hari terakhir!! Hari terakhir saya jawab exam sebagai pelajar~ hee.. =)

*ps: Hari Kiamat hanya Allah sahaja yg tahu.. ^_^

haram bagi umat islam mempercayai tarikh khiamat 2 kerana ia umpama menilik nasib...wajib bagi umat islam mempercayai khiamat akan tetap berlaku even masa setepat-tepatnya tidak kita ketahui...

setiap ape saje yg berlaku..ade lah satu peingatan untuk kite semua..risalah kiamat ni pun ade lah satu peringatan juga...tapi bukan kite percaya dgn risalah itu tapi untuk mengukur 'ke imanan' kite selama ini...lebeh2 lagi pemimpin yg berkuasa dan ahli2 ugama yg berkuasa...

tepat pndirian Jaka. sy rsa inilah PELUANG KITA UMAT ISLAM utk TERANGKAN pd UMAT ISLAM dan BUKAN ISLAM pandangan ISLAM TENTANG KIAMAT.asyik nk defend je..bg tgk pndapat yg HAQ pulak. insyaAllah yg BATIL akan hilang

-student-

http://www.mediafire.com/?s01n08bbp3li7k9

sememangnya umat "i" dan bangsa "m" ni jenis binatang yang kolot sampai ke hari kiamat..ha ha ha

umat "i" ni keco dgn soal risalah, tak pula kecoh pasal pbuatan zina dan seks luar nikah yang kerap berlaku dalam umat "i"..2 lagi dasyat dari risalah..

bila kita terlalu taksub dengan esok ke lusa ke kiamat..apa yang sedang kita buat sekarang akan buat sambil lew itu yg musuh islam ni nk tgk supaya semua kerja tak bersungguh2

21 may hr sabtu la,kiamat kan berlaku hr jumaat.agak2la hahaha.kalau 21 hb tu jtuh hr jumaat pun aku x caya.Allah je yg tau bile kiamat hahaha

1. itu la cobaan namanya, iman memerlukan cobaan, kalau tak, iman tak akan btumbukan? biarlah iman sentiasa diuji? hanya org2 yg tak biman yg akan takut akan perkara2 sumpama itu. yang sangat takut?.... la bierkan mereka dng saitannya...kehabisan kerja.. la org... barat ini.


EmoticonEmoticon