Wednesday

Video seks dijangka diedarkan ke seluruh negara


SEBELUM ini kita digemparkan dengan pengedaran video aksi seks lelaki mirip ketua pembangkang yang telah dicetak dan diedarkan di masjid dalam bentuk VCD dengan gambar bogel kedua-dua pasangan seks tersebut terpampang di kulit dan permukaan atas VCD tersebut [Video seks diedar di Masjid].

Menyedari bahawa video lucah telah menjadi talian hayat gerombolan songkok tinggi untuk terus memerintah negara ini, dijangkakan video lucah akan dicetak secara besar-besaran untuk diedarkan ke seluruh Malaysia, untuk ditonton oleh semua lapisan umur termasuk bayi, orang buta, kambeng, anjing dan babi serta tumbuh-tumbuhan [Malaysiakini].



Video lucah sudah dihalalkan pengedarannya. Jangan risau, tiada siapa akan ditangkap Polis kerana menyebarkan video lucah. Polis kini sudah tidak mempunyai kuasa untuk menangkap penyebar video lucah kerana tiada undang-undang untuk menangkap pengedar video lucah. Rakyat Malaysia semua tontonlah dan sebarkanlah video lucah sesuka hatimu. Negara kita sudah bebas! Bebas sebebas bebasnya.

Seperti biasa penyokong gerombolan songkok tinggi akan kata video lucah ini dicetak dan disebarkan secara besar-besaran oleh orang dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Orang gerombolan songkok tinggi semuanya baik-baik, mustahil mereka sanggup menyebarkan video lucah! Orang yang bertanggung jawab menyebarkan video lucah adalah penyokong PR sendiri. Kalau difikirkan, semua gerombolan songkok tinggi memang baik-baik tidak ada yang tidak baik melainkan yang baik-baik belaka.

ReJaM© "Baik mampos!"


EmoticonEmoticon