Air percuma galakkan pembaziran kata menteri

INILAH beza yang sangat ketara antara kerajaan gerombolan penyebar video lucah, UMporNO dan Kerajaan Pakatan Rakyat. Lu orang ada mata, telinga dan akal, lu orang boleh fikir sendiri dan buatlah perbandingan.

Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat bertungkus lumus mahu menyenangkan rakyat, mahu berbakti kepada rakyat, mahu mengambil hasil bumi negeri untuk diagih-agihkan kepada rakyat. Sebaliknya kerajaan gerombolan video lucah sibuk mencari alasan.


Dulu semasa Pakatan Rakyat menawarkan air percuma untuk rakyat Selangor jika dipilih mentadbir, gerombolan songkok tinggi kata Pakatan Rakyat tak pandai ekonomi, Pakatan Rakyat tak pandai mentadbir. Kononnya kalau beri air percuma kepada rakyat, Negeri Selangor akan bankrap.

Menyedari Selangor masih tak bankrap-bangkrap dengan memberikan air percuma kepada rakyat, gerombolan mencipta alasan baru. Kalau tanya beruk, beruk pun setuju bahawa pemberian air percuma kepada rakyat adalah satu tindakan mulia untuk meringankan beban rakyat. Tapi menteri tak sedar diri ni sibuk mencari alasan, kononnya air percuma akan menggalakkan pembaziran.


Bagi menteri-menteri yang tak sedar diri, pengurusan ekonomi yang baik adalah, dengan membina kubur VIP dengan kos puluhan juta, ubahsuai rumah PM RM65 Juta, bina laman web bodoh 1pengguna RM1.4 juta, buat fanpage percuma Facebook RM1.8 juta, bayar penasihat yahudi RM77 Juta setahun, email 1Malaysia RM50 Juta, beli beg tangan isteri kesayangan RM 1 juta dan banyak lagi projek-projek merompak duit rakyat.

RentaP© "United Malays No Otak, kalau boleh oksigen pun suruh rakyat bayar..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan