Sunday

BERSIH 2.0, sebab peniaga rugi terbongkar!




HEBOH satu Malaysia canang konon-konon perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah menyebabkan kerugian kepada ramai peniaga di Kuala Lumpur. Utusan, Berita Harian, Blog-blog penyokong United Malays No Otak, semuanya melaporkan kononnya peniaga-peniaga ini semua rugi kerana perhimpunan aman BERSIH 2.0.

Kepada warga Kuala Lumpur, gua pasti semua tahu cerita sebenar, begitu juga dengan orang ramai yang turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lepas. Sebab tu Kuala Lumpur dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana warga KL tak mudah diperbodohkan.

Tujuan media-media dan blog-blog pengampu kerajaan Rosmah Mansor ni bukan nak tipu warga Kuala Lumpur, bukan nak tipu orang ramai yang menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0, mereka tahu warga KL tahu cerita sebenar, tapi makcik dan pakcik FELDA, penduduk ceruk kampung tu yang tak ada maklumat. Golongan inilah yang mereka nak tipu.

Blogger Topeng Perak Unmasked secara kebetulan, sempat merakam berbualan antara rakannya dan seorang peniaga di sekitar Jalan Masjid India, tempat berlakunya perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saksikan video di bawah.


Perbualan ringkas ini memberi gambaran jelas bahawa kerugian peniaga bukan kerana perhimpunan BERSIH, sebaliknya kerana sekatan Polis "Road Block" yang menghalang orang ramai dari masuk ke Kuala Lumpur. Kalau dah Polis tak bagi orang ramai masuk Kuala Lumpur, mana tak rugi peniaga? Tanya kambing, kambing pun tahu...

RentaP© "Gua cadang nak interview lebih ramai peniaga, tunggu..."


EmoticonEmoticon