Friday

Bukti pengundi berdaftar boleh undi lebih dari sekali!


JIKA mahu didedahkan kesemua bukti wujudnya penyelewengan di dalam daftar pengundi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR nescaya masa sebulan pun tak akan cukup kerana terlalu banyak bukti-bukti penyelewengan yang berlaku.

Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR terus menafikan bahawa wujudnya pengundi berdaftar yang mengundi lebih daripada sekali dalam pilihanraya, jelas mereka menipu kita semua rakyat Malaysia di depan batang hidung, di depan biji mata. Rakyat "diberakkan" tepat-tepat di muka dan terpalit taik yang busuk lagi membusukkan.

Terlalu banyak blog-blog yang sudah mendedahkan penyelewengan demi penyelewengan Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR kebelakangan ini. Sebelum ini, MiLo SuaM tidak ketinggalan menyiarkan penipuan SPR rujuk sini [88 pengundi]. Di bawah ini salah satu bukti yang tidak dapat dinafikan oleh SPR.


Hasil semakan di website rasmi SPR telah menunjukkan seorang pengundi berdaftar bernama MOHD ISA BIN MAT RANIB ini, memegang kad pengenalan lama bernombor 4786412 namun memiliki dua kad pengenalan baru bernombor 530618106367 dan 330618105173. Beliau juga dilihat memiliki alamat tempat tinggal yang berbeza.


Jelas sekali ini membuktikan bahawa beliau boleh mengundi sebanyak dua kali di dalam pilihanraya. Kerana itulah tuntutan BERSIH 2.0 ketiga menuntut SPR menggunakan dakwat kekal pada jari setiap pengundi yang sudah mengundi bagi mengelakkan pengundi-pengundi celaka seperti ini mengundi lebih dari sekali [Tuntutan BERSIH].

Anda boleh mengesahkan sendiri maklumat ini di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [daftar pemilih]

ReJaM© "BERSIH 2.0 turun tetap turun! Kita ubah Suruhanjaya Penipu Rakyat kepada Suruhanjaya Pilihanraya!"


EmoticonEmoticon