Hebat, Makcik Fatimah Ismail boleh undi dua kali!

SEPERTI puluhan pendedahan bukti-bukti penyelewengan daftar undi SPR yang disiarkan di MiLo SuaM sebelum ini, kali ini satu lagi bukti disiarkan.

Seorang Makcik bernama Fatimah Binti Ismail dikesan melalui pengkalan data Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR memiliki kebolehan istimewa iaitu mengundi dua kali di dua tempat berasingan semasa pilihanraya.



No KP lama: 0477150
No KP baru: 481008115284
Nama: FATIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh Lahir: 08 Oct 1948
Alamat: KG PADANG SEKOLAH, TOK KAYA KEMASIK, KEMAMAN, TERENGGANU



No KP lama : 0477150
No KP baru : 481008115284
Nama : FATIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh Lahir : 08 Oct 1948
Alamat : KG PADANG POLIS, TANJUNG PANTAI, KEMAMAN, TERENGGANU

Makcik Fatimah yang dikesan namanya di dalam daftar pengundi di website SPR ini mempunyai nombor kad pengenalan lama, nama penuh, dan tarikh lahir yang sama. Nombor Mykad pula hanya berbeza pada hujung nombor-nombor tersebut iaitu 76 dan 84 (481008115276 dan 481008115284).

Alamat Makcik Fatimah juga dilihat berbeza. Ini membuktikan bahawa hantu ini boleh mengundi dua kali pada setiap kali pilihanraya. Gua tak pedulilah makcik ni akan mengundi Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, yang gua tahu, rakyat mahu hantu-hantu ini dibersihkan sebersih-bersihnya.

SPR tak payahlah nak temberang konon kamu bersih telus suci lagi menyucikan. Penyokong United Malays No Otak, kalau lu rakyat yang mencari kebenaran, lu patut tentang penyelewengan macam ni. Sila semak sendiri maklumat ini, klik sini [Daftar Pemilih]


RentaP© "Kalau SPR terus buat bodoh! BERSIH 3.0 bakal menjelma!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan