Tuesday

Panas! Najib upah blogger anti Islam dari Amerika


JIKA sebelum ini dibongkarkan bahawa Najib Razak mengupah Yahudi APCO sebagai penasihat pentadbirannya, terutama berkaitan media baru. Kali ini portal Free Malaysia Today mendedahkan satu lagi rahsia besar.

Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak dilaporkan mengupah sekumpulan penulis-penulis blog Amerika yang anti Islam dan sering menghina Islam untuk menaikkan imej pentadbiran [FMT].


Lebih memalukan, salah seorang blogger dari kumpulan itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.

“Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti."

Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis “Adakah saya kata berkahwin dengan pra-sunti? Maaf… itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol...”.

Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika ‘Red State’ dan ‘New Ledger’ dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.

Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino ‘Red State’ , juga pembantu akaun Twitter ‘Malaysia Matters’ yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.

Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong.

Armsrong, yang juga profesional ‘blogger upahan’, ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan - beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong.

ReJaM© tak fikir berita ini adalah berita fitnah yang direka-reka oleh Portal berita terkenal seperti Free Malaysia Today. Ini satu tuduhan besar, satu tuduhan yang sangat serius, jika perkara ini tidak benar Najib Razak dipersilakan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sebelum ini najib pernah dipuji oleh Washington Post, kerana melabelkan persaudaraan Islam Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Presiden Ulama Dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai pengganas [Najib dipuji]


ReJaM© "Semakin hari semakin sayang musuh Islam kepada Najib Tun Razak..."


EmoticonEmoticon