SPR akui terdapat Klon dalam daftar pengundi!

WALAUPUN Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR selama ini bersungguh-sungguh dan bermati-matian mendakwa bahawa mereka bersih dan telus, serta tidak terdapat penyelewengan dalam daftar pengundi yang dikendalikan oleh mereka, ternyata semua itu pembohongan yang terang lagi nyata.

Laporan akhbar The Star memetik kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengakui bahawa memang terdapat kewujudan "klon" di dalam pengkalan data SPR.

Selepas beratus kali penyelewengan daftar undi didedahkan, pelbagai bantahan dibuat, malah perhimpunan aman diadakan (BERSIH 2007 dan BERSIH 2.0). Akhirnya SPR mengakui kewujudan daftar undi "klon".

"We have never denied the existence of clones" [The Star]



Kerana penyelewengan beginilah menyebabkan rakyat Malaysia pelbagai kaum berhimpun dalam Perhimpunan Aman BERSIH 2.0, di ibu negara pada 9 Julai 2011 tempoh hari. Kerajaan Rosmah Mansor menggambarkan rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil sebagai melakukan dosa besar.

Kerajaan Rosmah mansor menggambarkan seolah-olah semua peserta perhimpunan aman itu sebagai gerombolan orang-orang bodoh yang berbuat kerja sia-sia. Rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan telus dikasari, dipukul, ditangkap, ditembak dengan meriam air, dilontar dengan bom pemedih mata.

ReJaM© "Muncung berkokok, ekor bergelumang taik..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan