Tuesday

Berita Harian - Mat Indera pejuang kemerdekaan!


DALAM kesibukan Utusan Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin menyerang Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu, yang didakwa oleh mereka sebagai pendukung dan penyokong komunis kerana menggelarkan Mat Indera sebagai hero.

Mereka tidak sedar bahawa Berita Harian yang juga pro United Malays No Otak pernah menyiarkan kisah ringkas tentang perjuangan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan [BH].


Berita Harian begitu jelas menceritakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan yang menentang Inggeris. Tekanan yang diberikan oleh penjajah Inggeris kepada penduduk kampung menyebabkan Mat Indera ditangkap.

Dengan kata lainnya British atau penjajah Inggeris yang menganggap Mat Indera sebagai pengkhianat atau petualang. Sebaliknya penduduk setempat menganggap beliau sebagai pejuang. Hal ini berlaku sebelum 31 Ogos 1957.

Jika Mat Sabu akan disiasat di bawah seksyen 505 (B) kanun keseksaan kerana mengangkat Mat Indera sebagai hero, apakah siasatan yang akan dikenakan kepada Akhbar Berita Harian? Adakah masyarakat Jawa Ponorogo juga akan disiasat?


ReJaM© "Banyak sangat putar belit, terbelit diri sendiri kah kah kah..."


EmoticonEmoticon