Salinan kad pengenalan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

SEJAK sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec mendakwa telah berjaya mendedahkan maklumat seorang blogger anti Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, pelbagai persoalan timbul.

Nor Arlene Tan Binti Khalid menafikan bahawa dirinya adalah Hajjah Sitt Al-Wuzara, begitu juga blogger anti Islam tersebut yang turut menafikan bahawa dirinya adalah Arlene Tan, rujuk sini [Penafian Arlene]

Hasil semakan di blog anti Islam tersebut, ReJaM© menemui satu bukti yang berasas bagi membuktikan bahawa Arlene Tan dan Hajjaj Sitt Al-Wuzara bukanlah orang yang sama. Di bawah ini satu salinan kad pengenalan Hajjah Sitt Al-Wuzara yang diambil dari blog anti Islam miliknya [Sitt Al-Wuzara].


Kalau dilihat, nombor kad pengenalan Hajjah Sitt Al-Wuzara yang pernah didedahkan di blognya sebelum ini ialah XX0513-14-XXX2, manakala nombor kad pengenalan Arlene Tan pula seperti yang didedahkan oleh Gaysec ialah 850626-14-6572. Alamat kedua-dua individu ini juga menunjukkan perbezaan yang ketara.


Pendapat peribadi ReJaM©, lebih baik orang yang bersalah dilepaskan daripada kita menghukum orang yang tidak bersalah. Bukti ini menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh Gaysec kerana mendedahkan maklumat orang yang salah. Bagaimanapun, hanya Allah yang lebih mengetahui.

ReJaM© "Jika tiada aral, satu lagi bukti akan didedahkan..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan