Surau Al-Musyrikin, TV3 cuba hilangkan bukti!

MEDIA propaganda TV3 telah menyiarkan berita yang didapati palsu berkenaan bantahan Qariah surau Al-Musyrikin di depan sebuah kelas tuisyen Jalan Klang lama pada 21 Ogos 2011, rujuk sini [Al-Musyrikin].

Media propaganda TV3 ini jelas sekali biadap kerana mencipta nama Al-Musyrikin (Orang yang menyekutukan Allah) sebagai nama surau dan surau ini telah dibuktikan sebagai tidak wujud.

Satu laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13, sebuah NGO bebas terhadap laporan berita palsu ini, rujuk sini [Laporan Polis TV3]

Video rakaman berita palsu oleh media propaganda TV3 itu sebelum ini boleh disaksikan terus di laman sesawang rasmi TV3 di link ini [http://www.tv3.com.my].


Bagaimanapun tinjauan hari ini menunjukkan bahawa TV3 telah menyingkirkan video rakaman berita palsu itu dari laman sesawang rasminya dipercayai untuk menghilangkan bukti.

Bagaimana pun anda masih boleh mengakses paparan asal laman tersebut di dalam simpanan googlecache (buat sementara waktu sebelum dipadam oleh goole) klik sini [googlecache].


Di bawah ini rakaman video berita palsu surau Al-Musyrikin yang pernah disiarkan di Buletin Utama TV3. Walaupun TV3 sudah memadam bukti, video tersebut kini sudah disimpan dan diupload di YouTube.



ReJaM© "TV3 Al-Musyrikin..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan