Cukai prabayar 6%, bahasa pelik diguna sebagai alasan

ISU Mat Sabu dan komunis telah berjaya menghilangkan fokus orang kampung, ayam itik, lembu dan kambeng terhadap kenaikkan 6% harga prabayar (Top up) dan simpack.

Kemarahan rakyat terhadap isu komunis sengaja dicetuskan oleh media-media propaganda supaya mereka hilang akal, dan menjadi tidak waras maka mereka tidak sedar duit di dalam kocek telah dicuri melalui pembayaran cukai 6% ini [Isu komunis].

Perkataan-perkataan pelik pula digunakan untuk memperbodohkan orang-orang kampung, ayam itik, lembu dan kembeng. Ini taktik biasa untuk menipu dan mengelirukan rakyat terutama orang-orang kampung yang kurang berpendidikan [Utusan].



Lihat baik-baik petikan berita di atas.
Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS)

Maksud tersiratnya ialah, perkhidmatan prabayar sudah sedia mahal, maka cukai perlu ditambah lagi agar perkhidmatan prabayar menjadi lebih mahal berbanding pascabayar (telefon pakai bil). Alasan apakah ini? Ini alasan atau melalut?

Sebelum ini perkataan "rasionalisasi subsidi" dijadikan alasan menaikkan harga barang, kali ini perkataan "kompetetif" pula jadi alasan. Apa pun alasan yang diberi, ceritanya tetap sama, rakyat perlu bayar lebih.

Perkara ini memang menjadi tugas media propaganda untuk memperbodoh dan mengelirukan rakyat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang rumit, kerana berlumuran darah dan kecederaan ringan membawa maksud dan cerita yang sama.

ReJaM© "Orang kampung pada waktu ini sedang terpekik terlolong memaki hamun Mat Sabu komunis..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan