Setiausaha politik Najib pasang umpan nak jadi calon?

MENJELANG Pilihanraya Umum ke 13, jentera Barisan Nasional, sedang menjalankan kempen besar-besaran di negeri Kelantan untuk memancing undi. Pelbagai cara pelik dan unik digunakan untuk mengumpan pengundi Kelantan.


Lain pula halnya di Kota Bharu, melalui gambar yang dikirim kepada MiLo SuaM dari salah seorang sahabat pembaca, setiausaha politik Najib, Dato' Mohamad Fatmi dilihat turut mula menonjolkan diri dan memberikan isyarat kepada umum bahawa beliau akan bertanding.

Selain menumpang populariti bossnya Najib, kelas Tuisyen Bahasa Inggeris, untuk pelajar UPSR dijadikan umpan memancing undi. Sebelum ini Awang Adek, menggunakan tagline yang hampir sama "Bantu saya, untuk bantu cikgu..." [Awang Adek].

Inilah cara Mohamad Fatmi untuk menonjolkan diri dan memancing undi penduduk setempat. Bila rasa nak jadi calon, maka kena buat sesuatu jasa untuk tonjolkan diri. Kemudian jasa itu akan diungkit-ungkit untuk mengumpan pengundi.




ReJaM© "Kalau kalah nanti tuisyen jangan pulak ditutup..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan