Monday

Arab Spring: Tun Mahathir bidas kenyataan Najib


PADA mulanya, Najib Tun Razak berkata, Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring [Malaysiakini]



Namun kata-kata Najib itu dibidas oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang mendakwa beliau "tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita (Malaysia)" [Malaysiakini].


Sifirnya mudah, Tun Mahathir sedang menggunakan pengaruhnya untuk memecah belahkan Umno dan Barisan Nasional dari dalam. Bila Umno berpecah maka Najib harus turun untuk digantikan oleh perdana menteri yang lain.

Najib liabiliti besar kepada Umno terutama kerana gagal mengawal Lady Gajah yang suka bermewah-mewahan dan sering menyibuk dalam urusan negara. Sibuk mengalahkan menteri.

Najib berkobar-kobar menyuruh penyokong Umno berubah jika tidak mahu diubah kerana melihat Arab Spring bakal melanda Umno, namun dengan selamba Tun Mahathir membidas kenyataan Najib itu.

Penyokong bawahan Umno kini semakin pening kepala, siapa yang patut diikut? Nak ikut Mahathir atau Najib? Najib presiden Umno, tapi Mahathir lebih lama jadi presiden Umno.

ReJaM© "Tak payah ikut dua-dua sebab dua-dua tak boleh pakai kah kah kah..."


EmoticonEmoticon