Sos tiram 1 Malaysia langgar peraturan makanan 1985

KERAGUAN terhadap produk kedai 1 Malaysia, ternyata berasas apabila kementerian kesihatan mengarahkan semua sos tiram di kedai 1 Malaysia ditarik balik kerana melanggar akta peraturan makanan 1985 [Mkini].

Peraturan di dunia ini tidak susah untuk difaham, anda mahu barang berkualiti anda harus berbelanja lebih kerana "kualiti" itu ada harganya.

Jika anda inginkan barang yang murah maka dapatlah barang yang kurang berkualiti. Walaupun bergunung hujah untuk membela "kualiti" produk 1 Malaysia, kebenaran terbongkar jua akhirnya.

Menteri kesihatan tidak bodoh, sehabis mungkin beliau telah cuba mempertahankan produk 1 Malaysia kerana ia gagasan yang turut didukungnya. Tapi produk ini sudah sampai tahap "buruk" yang melampau apa boleh buat.


Najib di dalam usaha untuk menaikkan imejnya cuba menggunakan syarikat-syarikat tertentu supaya mempromosikan 1 Malaysia melalui produk-produk yang murah.

Syarikat-syarikat ini semua peniaga, mereka mahu "untung" mereka tiada kepentingan di dalam kempen 1 Malaysia Najib. Bodek dengan "air liur" bolehlah, kalau nak bodek pun kena keluar duit "sorry!", nak bodek kena rugi "boleh blah!".

Kalau nak bagi barang murah dan berkualiti boleh, tapi Najib kenalah bagi subsidi kepada produk-produk 1 Malaysia, kalau tidak inilah jadinya, 1 Malaysia tercalar teruk rakyat pula menanggung akibat membeli produk "buruk".


ReJaM© "Najib sendiri tak ingin nak beli produk murah 1 Malaysia..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan