Tuesday

Berita Harian dakwa Anwar sokong Homoseksual


SEMAKIN hari semakin lucu melihatkan gelagat media propaganda seperti Utusan dan Berita Harian. Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari pertuduhan liwat oleh mahkamah, mereka begitu terdesak mahu memburukkan Anwar.

Terbaru kenyataan Anwar dalam satu wawancara BBC diputarbelit sedemikian rupa bagi menggambarkan Anwar Ibrahim menyokong homoseksual. Mereka mahu bohong siapa?

Rasanya lebih elok media propaganda ini buat saja cerita, Anwar Ibrahim lakukan aktiviti homoseksual di depan khalayak ramai, sama saja orang tak percaya. Propaganda ini terlalu jijik dan tak masuk akal. Bodohlah Anwar kalau sokong homoseksual seperti didakwa mereka.

Kalau tanya kambeng, kambeng pun ketawa berdekah-dekah dengan lawak terbaru media propaganda. Elok-elok orang nak percaya terus jadi tak percaya terdesak tahap gaban.

Anwar sebut, mahu kaji semula undang-undang homoseksual Malaysia yang pada pandangannya sudah lapuk, namun beliau dituduh menyokong homoseksual. Bodohnyalah, kesian...




Kalau begitu, jika ada siapa-siapa minta pinda dan kaji semula undang-undang jenayah di Malaysia, itu maknanya orang itu menyokong perbuatan jenayah? Mereka mahu tipu siapa?

Di bawah ini petikan ucapan Anwar Ibrahim dalam wawancara bersama BBC tersebut anda tonton dan dengar sendiri. Kemudian bandingkan dengan propaganda yang disiarkan oleh media-media arus perdana.





ReJaM© "Kisah cicak jadi cerita buaya media jahanam!


EmoticonEmoticon