Sunday

Hassan Ali bantai pimpinan PAS dalam ceramah Himpun


SELEPAS dipecat dari jawatan Exco Selangor, Hassan Ali terus diberi tempat dalam media propaganda United Malays No Otak untuk menyerang pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

Terbaru Hassan Ali menggunakan program Himpun yang dikatakan untuk mempertahankan akidah Islam sebagai tempat menghentam pimpinan PAS.

Sambil menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam sebenar beliau menggelarkan pimpinan PAS sebagai parasit perosak akidah (muka depan Mingguan Malaysia hari ini).

Beliau menimbulkan isu mengapa pimpinan PAS tidak mahu bersama-sama menyertai Himpun yang diadakan di Shah Alam sebelum ini sambil menambah pimpinan PAS sengaja melarang ahlinya menyertai Himpun.




Nampaknya Hassan Ali menggunakan program Himpun yang didakwanya untuk mempertahankan akidah sebagai tempat untuk beliau berbohong dan memutar belitkan cerita.

Presiden Parti Islam se Malaysia, PAS Tuan Guru Hadi Awang secara jelas telah menyatakan bahawa PAS tidak menyertai Himpun kerana menghormati kehendak penganjur yang tidak mahu ada unsur politik dalam Himpun.

Namun beliau tidak langsung menyebut atau melarang sesiapa pun yang mahu menyertai Himpun.




Mereka sendiri yang tak mahu ahli politik terlibat, bila ahli politik menghormati kehendak mereka, Hassan Ali bertindak memutar belitkan cerita pula.




ReJaM "Putar belit dan berbohong bukan cara mempertahankan akidah..."


EmoticonEmoticon