Thursday

Portal mStar cuba melaga-lagakan Wardina dan Tun Faisal?


BARU-BARU ini, rumah pengacara dan perlakon wanita terkenal, Wardina Safiyyah telah dirompak oleh tiga lelaki yang dipercayai warga Indonesia. Bukan itu sahaja, malah suaminya turut dipukul rujuk sini [Wardina]

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, blogger Umno di blog Ruang Bicara Faisal, RBF menuduh Wardina sebagai berlakon berhubung rompakan itu. Blogger tersebut mendakwa rompakan yang berlaku itu sebagai tidak logik.

Umum mengetahui blogger Umno sering menggunakan taktik yang sama sebagai perang saraf media baru. Sebelum ini peserta perhimpunan aman 901 dituduh mahu mengebom rakan-rakan mereka sendiri dalam perhimpunan.

Malang sekali lagi bagi Wardina apabila beliau diserang akibat portal mStar menyiarkan laporan yang salah berkenaan pemilik blog RBF. Berikut kenyataan di laman mStar yang menulis Tun Faisal sebagai pemilik blog RBF.




Wardina bagaimanapun ketika ditanya melalui akaun twitternya pagi tadi menjelaskan bahawa beliau langsung tidak menyebut siapa pemilik blog tersebut.

Sebaliknya pihak mStar sendiri yang membuat laporan yang silap mengenai pemilik blog RBF. Wardina juga dalam kenyataannya mahu wartawan mStar memperbetulkan kesilapan.




Salah faham ini boleh menyebabkan berlakunya tindakan saman menyaman antara Wardina dan Exco Pemuda Umno, Tun Faisal. Eloklah salah faham ini diperbetulkan. Apapun, Allah bersama orang yang benar.


ReJaM© "Sekarang ni tengah musim saman-menyaman..."


EmoticonEmoticon