Tuesday

Akhbar persenda Sultan Johor, polis tak tahu ke?


LUCU melihat gelagat media arus perdana kawalan regim Barisan Nasional. Bila ada sahaja isu yang mempunyai unsur 3R (Religion, Royal, dan Race) mereka akan putar siang malam pagi petang.

Pihak berkuasa kawalan regim BN juga tidak ketinggalan memainkan peranan pantas. Sebagai contoh isu YB Nizar mempertikai bidaan plat number WWW 1.

Semalam Pergerakan Pemuda Umno Johor buat report, hari ini sepantas kilat Polis umumkan pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan Nizar.



Kalau dilihat, akhbar tempatan kawalan regim BN secara terang-terangan mempersenda isu bidaan nombor plat tersebut. Namun tiada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa.

Karikatur yang dipetik dalam akhbar tempatan ini begitu jelas menghidupkan isu bidaan plat oleh Sultan Johor, dan menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap sultan.



Karikatur ini begitu jelas mengandungi unsur hasutan seperti yang didakwa oleh Regim BN terhadap bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin.



Kalau bukan pemimpin Pakatan Rakyat, siasat pun tak mahu?


ReJaM© "Pihak Polis tak baca surat khabar ke? "


EmoticonEmoticon