Berpuluh tahun orang pandai dihalang masuk Umno - Tun Mahathir

TUN Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia seperti yang dilaporkan di Sinar Harian, sebagai berkata "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS" [Sinar].



Penyataan Tun Mahathir ini secara jelas menggambarkan bahawa sudah tiada lagi orang bijak pandai di dalam Umno, sekaligus menggambarkan bahawa Parti Islam, PAS terdiri daripada orang-orang bijak pandai.

Kalau dilihat, Tun Mahathir bersara pada 31 Oktober 2003 [Wikipedia]. Ini bermakna 10 tahun lalu beliau masih menjawat jawatan sebagai Presiden Umno.

Dalam masa yang sama beliau mendakwa sudah berpuluh tahun Umno menghalang orang pandai untuk menyertai Umno sehingga menyebabkan kebanyakkan doktor menyertai Parti Islam, PAS.

Persoalannya siapakah yang berada di tampuk kuasa sejak puluhan tahun lalu dan menghalang orang-orang pandai untuk menyertai Umno? Sedangkan tidak sampai 10 tahun pun beliau bersara.

Ternyata benar mamak mudah lupa...


ReJaM© "Kalau tiada orang pandai, maka siapa yang tinggal dalam Umno? "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan