Wednesday

Harussani pertikai orang bertakbir dalam ceramah (video)


MUFTI Perak, Tan Sri Harussani dalam sebuah wacana anjuran Sinar Harian yang turut dihadiri oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertikaikan amalan bertakbir di dalam ceramah.

Kritikan itu dilihat ditujukan kepada para penyokong Parti Islam, PAS yang sering bertakbir dalam setiap ceramah yang dianjurkan mereka. Menurut Harussani, sepanjang 72 umurnya beliau tidak pernah melihat amalan itu kecuali kebelakangan ini.

Beliau juga menjelaskan, amalan bertakbir di dalam ceramah ini boleh mengganggu penceramah yang sedang bersyarah. Beliau menyifatkan ia sebagai "bukan tempatnya" untuk bertakbir di dalam ceramah-ceramah.



ReJaM© tidak berhasrat untuk memberi ulasan kepada kenyataan beliau. Beliau seorang mufti, dan berumur ilmu agama dan pengetahuannya tentu sekali jauh kalau nak dibandingkan dengan ReJaM© sekadar blogger jalanan.

Apa pun, Tuan Ibrahim Tuan Man diakhir rakaman mengulas ringkas, "Saya rasa takbir ni lebih baik daripada hidup melayulah. Daripada kita dok ceramah hidup Melayu, hidup Melayu pahala tak dapat apa pun tak dapat".

Tambah beliau lagi "Sekurang-kurangnya jika kita takbir, kita ingat pada Allah, kita tak lagha. Tan Sri kata terganggu penceramah mungkin sebab tak biasa dengar, kalau biasa dengar (orang bertakbir) ok..."

Berikut video yang dimaksudkan.



ReJaM© "Ulama berselisih pendapat itu suatu rahmat... "


EmoticonEmoticon