Janji ditepati, janji hospital yang ditunaikan semak samun

PERDANA MENTERI, Najib Razak begitu bangga dengan program "Jelajah janji ditepati" ke seluruh negara yang saling tak tumpah seperti program "Jom Heboh".

Program "Jelajah Janji Ditepati" ini kononnya untuk menunjukkan bagaimana Barisan Nasional telah menepati segala janji yang dibuat kepada rakyat Malaysia.

Sebenarnya pada pendapat ReJaM© secara peribadi ini hanyalah program "Syok Sendiri" kerana terlalu banyak janji-janji kosong yang ditabur oleh Barisan Nasional namun sehingga sekarang masih tidak ditunaikan atau ditepati.

Baiklah, mulai hari ini MiLo SuaM akan dedahkan satu persatu janji kosong Barisan Nasional yang ditabur sekadar untuk meraih undi rakyat.

Lihat gambar di bawah ini baik-baik. Ini salah satu bukti janji kosong Barisan Nasional kepada penduduk Dungun Terengganu. Janji kosong ini ditabur pada tahun 2006, kononnya Barisan Nasional berjanji untuk membina hospital baru di sini.



Namun selepas enam tahun, hospital yang dijanjikan tak muncul-muncul, semak samun sahaja yang diterima oleh rakyat. Papan tanda tapak hospital pun dah berkarat tunggu masa nak tumbang.

Maklumat lanjut rujuk sini [Buletin Online]

ReJaM© "Nantikan janji-janji kosong seterusnya akan didedahkan..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan