Sunday

Lucu! Ahli parlimen Zimbabwe berkhatan beramai-ramai


SERAMAI 44 ahli parlimen Zimbabwe berkhatan pada hari jumaat lalu sebagai sebahagian langkah di dalam kempen kesedaran tentang HIV/AIDS di negara itu.



Penyatuan politik yang jarang berlaku itu menyaksikan ahli parlimen kerajaan, daripada parti Presiden Robert Mugabe, ZANU-PF dan parti pembangkang Perdana Menteri Morgan Tsvangirai, MDC berbual-bual dengan tenang sambil berbaris di sebuah klinik kecil yang didirikan di dalam komplek parlimen.

"Semasa mula-mula masuk saya rasa sedikit takut, tapi selepas mereka menjelaskan prosesnya saya rasa tenang" kata seorang ahli parlimen berusia 53 tahun daripada Parti Gerakan Perubahan Demokrasi (MDC) ketika sedang dikhatankan.

"Sekarang saya tidak rasa sebarang kesakitan. Malah saya boleh pergi menyertai sebuah perlawanan bola sepak" tambahnya lagi.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO menunjukkan bahawa berkhatan oleh lelaki, iaitu membuang sebahagian kulit luaran hujung zakar boleh mengurangkan risiko lelaki menghidapi HIV sehingga 60%.

Prosedur itu telah menjadi fokus utama negara-negara Afrika Selatan di dalam inisiatif mereka untuk menentang HIV.

Malah salah seorang ahli parlimen turut membenarkan jurugambar mengambil gambarnya ketika berbaring sambil mempamerkan kemaluannya yang dibaluti kain pembalut.

Zimbabwe merupakan salah sebuah negara yang memiliki kadar jangkitan HIV paling tinggi di dunia pada tahun 1990.

Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral.

Sumber: Free Malays


EmoticonEmoticon