Tuesday

Tarian Kpop versi PKR : Penjelasan penganjur


VIDEO rakaman tarian Kpop separuh bogel versi PKR yang heboh disebarkan di internet mendapat penjelasan pantas pihak yang terlibat. Rujuk sini [KPOP versi PKR]

Salah seorang yang terlibat secara langsung di dalam majlis "Bertam Nite" anjuran PKR itu tampil memberikan penjelasan di laman sosial facebook milik beliau.

Beliau menjelaskan bahawa berlaku kesilapan akibat penaja non-muslim yang tidak peka terhadap kehendak penganjur dan lari daripada persetujuan mesyuarat yang telah diadakan tiga kali sebelum itu.

Malah beliau juga mengakui bahawa beliau sendiri telah bertindak pantas menghentikan tarian separuh bogel tersebut. Namun video yang disebarkan dilihat sengaja menyembunyikan hal ini. [Facebook]



Nampaknya Umno cuba menanamkan persepsi bahawa PKR juga menganjurkan persembahan KPOP separuh bogel seperti yang dilakukan oleh mereka di himpunan Belia baru-baru ini dengan belanja jutaan ringgit.


ReJaM© "Nice try, but you failed! "


EmoticonEmoticon