Wednesday

Skandal seks Lim Guan Eng dengan staff pula tersebar


BAGAIKAN sudah terang lagi bersuluh, gerombolan manusia yang memakai songkok tinggi tiga jengkal, menggunakan nama United Malays National Organization, Umno bukanlah gabungan pejuang Melayu.

Bersembunyi di atas nama memperjuangkan Melayu, namun hakikatnya mereka hanyalah pejuang isu lucah. Inilah cara mereka mengekalkan kuasa di negara ini, lucah, lucah, lucah dan lucah.

Sudah puas pemimpin PAS, KEADILAN diserang dengan isu skandal zina, liwat kini mereka menghalakan muncung meriam lucah kepada pimpinan DAP pula.

Bagi mereka hanya isu lucah, mencarut dan seumpamanyalah yang akan mengekalkan kuasa mereka. Isu lucah bagaikan zikir dijaja oleh cybertrooper mereka siang malam pagi dan petang.



Inilah wadah politik untuk generasi pewaris negara yang disajikan oleh United Malays National Organization.

Jika ditanya kepada mereka apa penyelesaian terhadap masaalah kenaikan harga barang, pengangguran, kenaikan tarif elektrik, masaalah sosial, jenayah dan lain-lain, hanya satu dalam kepala pimpinan mereka "LUCAH".

ReJaM© "Humbankan UMporNO jika tak mahu anak anda jadi generasi lucah! "


Sumber: [Sinar]


EmoticonEmoticon