Friday

Syarikat Lego cipta permainan kanak-kanak hina Nabi Muhammad?


SELEPAS kita digemparkan dengan filem "Innocence of Muslim" yang menghina Rasulullah, sebuah lagi dakwaan penghinaan terhadap Nabi Muhammad dipercayai telah disebarkan sejak seminggu yang lalu.

ReJaM© turut menerima email berantai yang mengirimkan sekeping gambar alat permainan keluaran syarikat permainan terkenal Lego dikatakan menghina Rasulullah.

Di bawah ini gambar yang dimaksudkan. Gambar ini turut tersebar ke halaman sosial facebook menggesa orang ramai terutama muslim agar memboikot serta membantah syarikat Lego dari Denmark yang dikatakan sengaja menaikkan darah umat Islam.
   
Gara-gara enggan tertipu seperti isu "Pawagam terbelah" sebelum ini, ReJaM© membuat sedikit siasatan melalui pakcik Google. Hasil tinjauan, ReJaM© dapati isu ini sebenarnya bukanlah isu baru, sebaliknya isu lama yang diulang kembali. 

Isu ini pernah tersebar semenjak sebelum tahun 2006 lagi. Malah pihak Lego juga telah mengeluarkan satu kenyataan bertulis di laman sesawang rasmi mereka menafikan mereka ada mengeluarkan permainan menghina Rasulullah seperti yang didakwa [Lego].


Pihak Lego juga di dalam laman sesawang rasmi mereka mengutuk tindakan individu yang tidak bertanggung jawab menggunakan produk dan jenama mereka untuk melakukan perbuatan menghina Rasulullah ini.

 ReJaM© "Terhidu taktik pemasaran di situ, Wallahua'lam..."


EmoticonEmoticon