Utusan dakwa jet peribadi dinaiki Anwar ada kaitan dengan Yahudi

LUCU melihat laporan Utusan Malaysia berkenaan isu jet peribadi yang dinaiki Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak tempoh hari disensasikan oleh akhbar itu kebelakangan ini.

Selalu ReJaM© ingatkan kepada rakan-rakan, kalau nak tahu putar belit dan pembohongan Utusan Syaitan, tak perlu baca Harakahdaily, Keadilandaily atau Roketkini. Baca akhbar itu sendiri pun kita dah boleh nampak pembohongan mereka.

Sebagai contoh, kali ini Utusan mendakwa jet peribadi yang dinaiki Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak tempoh hari dimiliki oleh syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi.

"Jet eksekutif tersebut dimiliki oleh Wells Fargo Bank Northwest di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat (AS) manakala operasinya dikendalikan oleh Bresnan International Aviation di White Plains, New York dan kedua-duanya dipercayai mempunyai kaitan dengan Yahudi" - Utusan Syaitan

Namun dalam masa yang sama dan di hari yang sama, Utusan Syaitan melaporkan jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar itu milik syarikat TJets Sdn. Bhd. berdasarkan pengakuan pengerusinya Datuk Mohd. Taufik Omar.
  ReJaM© "Belit sana belit sini akhirnya diri sendiri yang terbelit... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan