Wednesday

Projek Langat 2, Saya keras kepala untuk jaga duit rakyat kata MB Selangor


KERAJAAN Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Projek Langat 2 membekalkan air dari Negeri Pahang di mana projek ini akan menelan belanja RM3 Billion (RM3000 juta).

Manakala Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada KEADILAN, menolak perlaksanaan itu yang disifatkan memakan belanja yang sangat besar dan tidak menyelesaikan masaalah sebenar. Perkara ini sudah berlarutan begitu lama.

Perkembangan terbaru di dewan rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam soalan lisannya kepada menteri, beliau mendedahkan kandungan kertas kerja bahawa terdapat pilihan-pilihan lain (kos-kos bandingan) yang lebih baik berbanding projek Langat 2 dari segi kos dan kecekapan pengurusan (management efficiency).

Tan Sri Khalid juga mendedahkan bahawa keluaran air terawat di Negeri Selangor melebihi 5 juta liter sehari, namun penggunaan paling banyak hanyalah 3.5 juta liter sehari. Ini bermakna sekitar 1.5 Juta liter air bocor (dibazirkan) setiap hari.

Kebocoran air (Non-revenue water) inilah yang menyebabkan kekurangan air di Negeri Selangor. Namun kerajaan Barisan Nasional memilih untuk menebuk gunung dan menebang hutan bagi mengambil air daripada Pahang untuk menyelesaikan masaalah ini.

Bagaimanapun, pendedahan Tan Sri Khalid di dewan rakyat ini disahut oleh salah seorang ahli Parlimen BN, dengan mengatakan "keras kepala gulingkan aje" merujuk kepada Tan Sri Khalid yang dilihat berdegil dan tidak bersetuju dengan projek Langat 2.

Tan Sri Khalid menjawab "Tidak, ini bukan keras kepala kerana nak curi duit rakyat. Ini keras kepala lain, bukan keras kepala seperti saudara dari Umno, ini keras kepala nak jaga duit rakyat".

Saksikan perbahasan seterusnya bagaimana Tan Sri Khalid dibuli oleh MP Barisan Nasional yang enggan mendengar penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam video di bawah ini.


Kesian Tan Sri Khalid, beliau dibuli oleh Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat gara-gara mahu mempertahankan dan menjaga duit rakyat Selangor yang diamanahkan kepadanya.

ReJaM© "Rakyat Selangor akan terus bersama dan menyokong pemimpin yang amanah..."


EmoticonEmoticon