Thursday

Lucu! Kumpulan penyokong AES Pulau Pinang hilangkan diri


TENTU anda masih ingat dengan demonstrasi lucu dianjurkan di Pulau Pinang untuk membantah keputusan Kerajaan Pulau Pinang menangguhkan pemasangan Kamera Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) tempoh hari.

Sedang rakyat Malaysia sibuk membantah perlaksanaan AES, muncul pula kumpulan orang gila yang barangkali sudah terlalu kaya dan tidak sabar untuk membayar saman menggesa kerajaan negeri agar membenarkan pemasangan kamera AES dengan alasan kononnya tidak mahu nyawa rakyat dipolitikkan.



Kumpulan penyokong AES ini siap hantar memorandum bagai, dan menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar memasang 56 buah kamera-kamera AES kononnya bagi menjamin keselamatan rakyat.

Susulan demonstrasi dan penerimaan memorandum oleh penyokong AES itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengatur satu perjumpaan Kerajaan Negeri dengan mereka pada hari Isnin 5 November 2012 yang lalu di Bangunan Dewan Undangan Negeri.

Kumpulan ini telah dihubungi untuk mengatur perjumpaan bersama Kerajaan Negeri bagi membincangkan isu menyokong pemasangan kamera-kamera AES yang diperjuangkan oleh mereka.

Malangnya, pejuang-pejuang yang menyokong AES ini difahamkan tidak mahu berjumpa, malah dikatakan sudah menghilangkan diri. Ternyata demonstrasi bantahan yang dianjurkan mereka sebelum ini sekadar membuat kacau dan tiada arah tujuan.

Pejuang-pejuang menyokong AES ini juga dikhabarkan telah ditipu oleh penganjur demonstrasi yang menjanjikan habuan wang RM50 dan hamper setiap seorang, namun sehingga kini janji hanya tinggal janji.

ReJaM© "Apa punya pejuang, belum apa-apa dah lari kah kah kah... "

Sumber: Sharpshooter

7 comments

ROTI NAJIB SATUUU!! KAHKAHKAH!!

manusia barua tu!!!!

Pasang aje aes tu , kalau kena saman bayar sahaja , nak takot apa , buat salah tak takot.

Betul tu..kalau dah buat salah tu tanggung la..kalau xbuat salah nk takut buat ape..same mcm hudud..kalau xbuat salah kenapa nk takut..lain la kalau buat salah,mest takut nk sokong hudud..tp tu la mentaliti org umno,hukum yg free xpayah pakai modal,xnk jalan kn..tp hukuman yg menelan kos berjuta2, xpayah nak fikir panjang2,xnk buat perbincangan meja bulat, xpyh kertas kerja panjang2, trus jalan je...sbb ape?sudah pasti, sbb rakyat malaysia mudah ditipu dan dibuli..bukti yg kukuh, kerajaan lgsung xnk dgr suara majoriti rakyat..

Nk tanye,kalau raja,polis,yb,dato2, lalu depan kamere aes tu, laju macam org xtahan nk berak..agak2 kamera tu snap x?pastu dorg bayar ke?

Ko yg ejas bende tu kasi sume org salah... Pastu ko nak aku bayau penyangak cam ko? Ko lain le... Aritu ko kasi rasuah sane sini dapat tender juta2... Aku ni cume tanam sawit... Harga buah da ekok2 tinggi ko kasi junam jatoh gaung... Pastu ko nak aku bayau bende yg ko saje ada2kan ntuk kebas duit sume org... Macam le sblm ni xde speed trap...

Pemikiran yg sempit dek upah yg tak seberapa.


EmoticonEmoticon