Friday

Penjelasan Dr Badrulamin berhubung penahanan oleh JAIS semalam


SEPERTI yang dijangkakan sebelum ini, rujuk sini [Utusan Malaysia], media-media arus perdana akan menggunakan isu penahanan Dr Badrulamin di majlis makan malam yang dikatakan dianjurkan oleh Al-Arqam semalam untuk mengaitkan KEADILAN dengan ajaran sesat.

Hari ini portal berita milik anak syarikat Utusan, Kosmo melaporkan kononnya Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Badrulamin sebagai tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis dikatakan anjuran Al-Arqam, sebuah pertubuhan yang pernah diharamkan kerana membawa ajaran sesat.



Di bawah ini pula penjelasan si empunya badan, Dr Badrulamin yang menghadiri majlis tersebut.

Majlis Jamuan makan “Kenduri Mega” malam tadi adalah anjuran Global Ikhwan dan bukannya Al-Arqam.

Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya, saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam sambil bersantai.

Saya diletakkan di meja tamu atas rasa hormat mereka terhadap saya dan sememangnya dibawah khemah lain tidak mempunyai meja pun.

Ahli jemaah Ikhwan mengenali kami kerana isteri saya sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan kerana ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam. Anak dan isteri saya juga sering kesana membeli pakaian dibutik Ikhwan.

Laporan Kosmo yang kononnya saya adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Penganjur (AJK) dalam program malam tadi adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab.

Saya langsung tidak ada apa-apa kaitan dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan. Ingin saya jelaskan sekali lagi, kehadiran saya ke program tersebut tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik.

Dr Badrulamin Bahron
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
2 November 2012

5 comments

Asal ada je Ostad Badrol Amin mesti Malam atau Subuh.. Asal Malam atau Subuh mesti ada Ostad Badrol Amin.. Ish2..

zoRRo...

Hnya krna ustz Bdrulamin tu mlwan krjaan yg korap mka slruh ajensi2 krjaan dikerah utk memerangi bliau. Wlu bliau jdi pblic fgure pun rmai lgi tokoh2 msyrkat yg merambu ramba pgi ptg siang mlm lango suboh zhor asar megrib isya 30 hri psegi namun tkde plak jais ke jawi ke jaip jaij yg nk tngkp mrka!
Ni la musibah agma bngsa & ngara kita bila sanh pntsbir ole mrka yg memingirkn islam sdngka dia mngaku islam. Hafal rkun islam & rkun iman namun pngisian rohaninya hampeh. Tk lain adlh krja Umat Melayu Naif Otak kroni Be End yg harus dipesalahkan krna 60 thn usia parti tu, 55 thn usia kmerdekaan ngara kita namun msalah rkyt marhaen smakin kronik. PR ke yg bru menginjak usia 5 tahum yg nk dipersalahkn?
Wahai macai2 Umat Melayu Naif Otak nya selama ni... sedarlah... Fatwa hnya UMNO Be End shja yg boleh jga bngsa agma & ngara kita adlh metos! Pembohongn utk memandulkan fkiran bngaa mlayu sja smata2 tu.
Jom berubah sblum ngara brtmbh parah

yang tangkap mereka tu jais... di bawah pentadbiran kerajaan pakatan sewel...

nampak sangt tak ambik tau apa aktiviti JAIS

Mat Jais tu beta yang punya........


EmoticonEmoticon