Thursday

Politik ketakutan lawan politik harapan - Nurul Izzah


KENYATAAN DS Shahrizat Jalil yang, serupa apa disebut Tun Dr Mahathir,
berusaha untuk  menakut-nakutkan rakyat menunjukan sifat sebenar lagi
hakiki sebuah rejim yang semakin hari semakin nazak. Sebagai seorang
pemimpin, beliau seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua dan bukannya
mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan UMNO.

Nada DS Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika
Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara
hati para pengundi, terumanya rakyat Malaysia yang sudah celik politik
dan punyai keinginan kuat untuk berubah.

Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui
proses demokrasi, dan akan berusaha untuk memperkukuh dan memperkasa
sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia. Oleh itu, saya tidak segan
mengulangi kata-kata Dato' Ambiga Sreenevasan: "Kami mahu perubahan
melalui peti undi, jika perubahan tiba."

PAU UMNO 2012 menunjukkan bahawa rakyat perlu memilih antara Politik
Ketakutan yang dijulang UMNO dan Politik Harapan yang diperjuang
Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik. Dan satu-satunya cara
untuk membuktikan UMNO tidak takut mahupun panik dalam hari-hari
menjelang PRU13 ini adalah dengan Presiden UMNO berdebat dengan Dato'
Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN
Sent from my BlackBerry®

16 comments

Pusing pusing..ambiga jugak yg disanjung si nurul ni, dh xde yg lg baik ke pmimpin2 lain pr ni..

Bapa nurul lagi penakot ! Sumpah laknat pun tak mahu ! Nurul anak gampang pkr !

Apa ngkow dapat duk maki &fitnah dua beranak tu. Puas hati jer! Harta kekayaan neagara malaysia kena songlap & di rompak geng umnok..engkow buat tak kesah? Manusia ke baboon engkow ni!

Kebanyakan mmbe2 ak yg sokong bn ni biasanya geng2 yg kurang dlm ilmu & ibadah dlm agama. Sumpah laknat 2, ko tau ke? Ak nk xplen pun mls nk taip pnjg2. Balik bkk kitab la bro. Marilah kte sme2 mletakkn Islam lbh dri Melayu.

yg perompak rakyat ni samun harta rakyat xpe lak en baboon?

Samun apa ? berapa banyak harta rakyat bn nak samun ? mabok ke bro ?

Kena sawan baboon lh tu..tak pasal2 nk angin..

Betul2 x krn xnk.sumpah dkira pnakut ada sbb...kena buat research.

Politik harapan apa nurul izzah hoi , kau tak ada harapan lagi dekat lembah pantai , pru13 kau kena bungkus , kita orang lembah pantai nak wakil bn semula !

Aaaa nak BN baru lembu dpt duduk condo...

Klau bab songlap Azmin dan Anwar lagi teror cuma dia pandai baling batu sembunyi tangan. Anwar sendiri pandai bersandiwara dan fitnah sampai semua Polis, Hakim, SPR dan sesiapa yg tak layan nafsunya dituduh sebarangan dan tak betul belaka.
PKR dan jadi parti anak beranak dan agama diperjudikamw utk undi orang bukan Islam.

Lembu duk kondo ker, kapal selam ke, apa2 jer yg pemimpin songlap bkn bermakna semua org dlm kerajaan jahat dan bukan kita dpt pastikan semua pemimpin dlm pakatan Rakyat confirm baik,amanah dan jujur.. Kesalahan individu tetap salah tp bukan bermakna kita boleh salah 1 kelompok atas segelintir yg buat taik,songlap, tk adil, menindas dn sbgnya...bg sya politik tkder yg bersih, sma jer hentam 1 sma lain....tp kalau betullah islam yg memerintah bleh sokong, cuma ada keraguaan dgn Dap+Pkr.....PAS terbaik!

Apa itu maksud politik?? Kalu kata politik tu kotor apa plak yg di buat nabi masa menjadi pemimpin negara madinah. Apa ilmu yg dipakai nabi? Apa jenis perhubungan yg nabi buat dgn negara2 lain. Ilmu politik yg kotor bukan berlandaskan islam mengapa x diambil politik islam yakni cara bagaimana nabi menguruskan negara. Kotor ka cara nabi dan sahabat2 nabi memerintah?

Harapan apa ? Pkr memang tak boleh harap !

Nabi tak pakai politik pas semasa dimadinah , nabi tak maki hamun orang dimadinah , nabi tak kafirkan orang dimadinah , nabi tak doakan k.o sesama islam , nabi tak tabor fitnah dimadinah .....letih nak tulis , nak masok tidur ni , ngantok !

Debat tak selesai mslh... dr byk bercakap baik buat kje masing2... klau nk bercakap n berdebat, pi masuk telenovela sepanyol tuh...


EmoticonEmoticon