Thursday

Video klip Deepavali Petronas 2012, "Let's do the dappan" hina masyarakat India - Jingga 13


JINGGA 13 mendesak agar Petronas memohon maaf kepada seluruh masyarakat India khususnya yang beragama hindu di Malaysia terhadap video klip berjudul Petronas Deepavali 2012 'Let's do the dappan'.

Video itu dilihat menghina masyarakat India malah memesongkan istilah sebenar perayaan dan sambutan Deepavali bagi masyarakat india yang beragama Hindu.

Walaupun iklan Petronas itu cuba mengambarkan kegembiraan melalui penyampaian lagu tersebut, namun ia memperlihatkan kejanggalan dan salah pergertian mengikut erti sebenar perayaan deepavali yang bermakna "kemenangan menentang kezaliman".

Adalah amat mengecewakan apabila perkataan "dappan" atau "dappan kuttu" berentak "saavu adi" yang biasanya digunakan atau dimainkan di rumah-rumah ketika berlakunya kematian digunakan dalam video tersebut.

Ini merupakan satu penghinaan kepada masyarakat India seolah-olah Petronas sedang mendendangkan lagu "acara kematian" kepada masyarakat India dalam bentuk rancak dan gembira ketika sambutan Deepavali.

Istilah Diwali yang bermakna perayaan cahaya sebagai tanda simbolik kemenangan kepada kebaikan menentang kezaliman telah dipadamkan dengan lagu dan tarian Dappan tersebut.

Ini bukti kegagalan Petronas di dalam memahami nilai dan norma masyarakat India Malaysia yang menjadi sebahagian daripada keluarga besar negara tercinta ini.

JINGGA 13 yang juga turut dianggotai masyarakat berketurunan India mendesak agar video klip Petronas ini dikeluarkan daripada YouTube

Ini kerana, berdasarkan komentar daripada mereka yang menyaksikan video klip tersebut memberikan gambaran negatif, marah dan kecewa terhadap syarikat gergasi negara itu kerana memperlihatkan mentaliti dan cara yang memualkan serta menghina masyarakat india beragama hindu di Malaysia.

Ditegaskan di sini bahawa 'LET'S DO THE DAPPAN ' tidak ada hubungkait langsung dengan perayaan deepavali.

Dalam kesempatan ini JINGGA 13 merakamkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di Malaysia, semoga Deepavali ini memberikan kemenangan yang akan menyinari kehidupan rakyat Malaysia dalam menentang kezaliman dan menumbangkan UMNO/BN dalam PRU13.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

DK VICKY
Setiausaha Jingga 13

Sent from my BlackBerry®












EmoticonEmoticon