Thursday

Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup


SEBAHAGIAN besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.



Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

“Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

“Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukar kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

“Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya.

ReJaM© "Ini namanya Janji Dicapati... "

Sumber: Sinar


57 comments

per lagi,saman la macam persatuan ibu2 tunggal wat kt kerajaan selangor

aku sokong habis saman je mb tu... kan manifesto boleh diterima pakai.. lawyer pr apalagi bawak dia orang pegi saman... tapi masalahnya x keluar utusan meloya atau tv3suku. hanya keluar harakah ajelah... silap2 awal2 mahkamah dah tolak x relevan... pr buat memang semua x relevan... oleh itu untuk perubahan undi pr...

johor akan jadi selangor... insyaallah... baru padan muka cacai umnogok

Bukan boleh percaya sangat si milo sengal ni...

Johor dr kubu mejadi kubur...

Dah tanah kerajaan , beli rumah sedirilah , baru dapat hak milik kekal , asyik asyik tanah setinggan itu saja yang disalak hari hari !

itu maknanya umno nak rembat tanah tu n jual kat cina..mmg celaka la umno...

Anon 11.02,
Ko ni bangang ke aper ko ni?
Lain X, jangan menyampuk kalau tak tau cerita, OK!. Bape upah ko dapat?

Sy setuju.sikit hari lg naikla condo dan bangunan mewah.Biasla tu di Johor.

Ape barang stinggan2 nii..nk byk tanah g gua musang kau pilih nk 10 ekar bole 100 ekar bole 1000ekr bole 10ribu ekar pon bole...org klntn bg tanh ribu2 ekar kt cina sengeh je ni kau hal tanah stnggan nk kecoh2 hehe

Gua musang ulu sangat , tempat jin bertendang !

Adoi perompak nk merompak lg ke,muke pn perompak sama macam cai yg sokong tu,dala bodo dok sokong jgk. mmg ada otak xda akal mcm binatng,kalo suh beza pn lebih kuang je terutama nye khinzir bahasa sdp nye hahaha

Asyik asyik kau kata umno nak rembat tanah , cuba kau ubah cara befikir kau itu ! Berfikiran positif jangan kau burok sangka !

Gagal manifedtoo....blh saman ni...x buruk sangka terbukti kat jb dan skudai byk runah telah dibeli oleh singaporean...hahaha

Haha lawaknyer ko ni...cuba ko pg kat kelantan rumah saper pemiliknya org melayu..cuba ko tgk kat jb dan skudai sape majoriti pemilik banglo dan rumah mewah...huhuhuhu sadosnya ko ni

Nk beli mcm mn kl dh rumah harga beratus ribu melayu mn yg mmpu beli..mngkn ko mampulah kot

Pencacai ni dpt rumah sebijik umngok kasi free

Saman je sbb manifesto x buat...kat selangor boleh xkanlah kat johor x bleh

Perkataan rembat ni sesuai utk tanah bro..rembat tanah bg kat cina kelantan ranking no 1 bro..

Mmglh lps dpt komisen jual tanah kat gua musang blh lh bikin banglo..tersangat bangga aku!!!!

Betul tu bro..tanah kat gua musang tu kan byk lg apa yg umno sibok2..diam diam dh laa!

Jeles lh tu...rakyat sapa yg byk g kl & jb cari makan bro?

memang betul tu... bagi tol nanti rembat balik

dapat rumah flat je ... tapi melalak setinggi gunung.. umnogok namanya

Betul tu banyak warga singapore je yang beli. Harga mahal. Itu la cara umno mempertahankan dan memperjuangkan hak orang melayu johor. Apa ada pada bangsa janji masyuuukk.....

Kalau di Pulau Pinang, jangan harap la ko orang Melayu dapat beli rumah. Semuanya dah direserve utk orang Cina sebagai strategi mengekalkan kuasa DAP.
Orang Melayu cuma pandai cakap tapi tak pandai buat sebab malas fikir. Kalau nak selesai masalah, orang Melayu cuma pandai salahkan orang lain walaupun mereka sendiri yang lemah. Melayu yang pandai pula akan cari alasan untuk jatuhkan orang Melayu yang baru nak berjaya.
Nasib ko orang la kalau ko tercicir.

Ya betul.mari kita sokong pr.Nanti pr bole
bagi kita banglo sorang sebijik.

Macai macai,yg susa rkyt.puihhh umbrok timbang berat sblh

HAHAHA PR NI LAWAK LER..NK BG AIR PON TKIAL2 LG NI PULAK NK BG BANGLO...org slngor ng klntn nk basuh berak pkai debu atau pon bedak , itupon kalu bnsib kalu x bnsib baik pkai tepung kanji HAHAHA

Yang jual tanah orang melayu ada pemimpin umno jagu yang konon nya nak jaga kepentingan orang melayu. Tanah orang kampung pemimpin umno beli dengan harga 1 ringgit pastu jual kat cina dengan harga 5 ringgit. Pemimpin umno yang dipilih oleh orang melayu senfiri mengambil kruntungab atas angin dari hadil jualan tanah orang melayu. Itu sebab umno mengaku bawah umno la melayu ramai jadi jutawan.

Apa kena mengena dengan rakyat sapa yg byk g kl cari maka? Ko ni baca tak sirah Nabi? Islam menggalakan umatnya berhijrah la. Tak kira la nak prtgi kemana selagi sanggup dan mampu demi mencari rezeki yang halal. Hatta kalau engkau nak pergi israel pun boleh...kalau ko sanggup la..

ni sume poyo.. kah kah kah.. ni sume cara2 lembu x dpt rumput.. sok2 dah dpt rumput segar ok blk la tu.. kah kah kah.. mejoriti yg tinggal dlm ubn tu taraf2 caii je.. xde duit xde la komen2 menyengat.. wakakakak....

HAHAHA marah nmpk..kalu marah nnti kena jual.hehe

Mati dalam tanah akhirnya ! Apa nak bising bising !

Kat kg aku tanah ada sikit je lg, 3 kaki x 7 kaki. Dlam 7 kaki jugak.. Siap tanam batu lebih kurg rm600, sbb nak beli kain kapan, mai2, dtg kg aku.. Hehe, takbir 3x.

keluarga kecewa Interprise delete 25 January 2013 at 15:35

Maksub aku klu kelantan dtadbir dgn baik dr semua sudut tetutama ekonomi..peluang peniagaan dan perkerjaan akan dinikmati oleh rakyat kelantan itu sendiri, klu negeri sendiri ok tak pyh susah merantau blh bukak tom yam kat kelantan..berniaga kat kelantan..bekerja di kelantan..!! Ini hakikatnya.
Klu dalami Sirah nabi matlamat utama mereka berhijrah/merantau adalah utk memperkembangkan islam bru lh diikuti hal2 yg lain..

Jom ikut aku lepak jb ! Ada duit lebih kita turon s'pore , selangor apa ada , aku bawah kau usyar jb , kita lupakan politik sementara , kita buat terapi minda di jb !

Basoh berak pakai tepong kanji ! Tak tertutop ke lubang jubor itu ? Tepong kanji macam gam juga ke ? Kalau lubang jubor dah kena gam macam mana anwar nak liwat nanti ...kihkihkihkih

Jom undi bn ! Kita lupakan pr itu , besatu kita kearah kesejahteraan negara...ceeewah ! Power tak ayat aku ?

Ish! Jgn cakap cam tu. Belum sampai lagi topi ngan kain pelikat. Belum tau lagi. Kakakaka

Bukak la tempurung tu sikit

Nko da silap bro...memang kat mane2pun rakyat kelantan ni ramai merantau n cari kerja,tapi hasil yg diorg dapat bawak balik ke kelantan,beli tanah,buat rumah...sebab tu org melayu johor dikatakan antara yg miskin kt malaysia...dahla tanah,bg kt org utk bgnkan,pastu malas nak keje,gaye je lebih,bangga kononnya org luar dtg bekerja kat situ..nko tgkla indon yg dtg keje kat situ,xdenye nk beli tanah kat situ...balik indon juga beli tanah kat sana...sebab mereka tau dgn nilai yang mereka ada,mereka leh dapat lebih..org johor ape pun takde.. Perasan je kononya moden...tapi poket habuk....

Ayat atas ni pl modal atas angin...xde point...Padahal blogger lu yg dok canang isu ni da melutut minta maaf tanak kene saman fitnah...haha..

Hmmmm...xnak...nak pr jugak...

Sarawak dan sabah lagi teruk.. Masih setia ngan BN walau dah lama diperitah tapi antara termiskin di malaysia...negara kaya tapi rakyat miskin...dah la miskin dirompak oleh org kaya lak tu...mmg sah bahlul cam lembu.. Asal ade jer rumput.. Dicucuk hidung pun x pew....sah stil tahap IQ kampung stlye...wakakaka

JOM UNDI BN UNMO.... tema dia " sapu tanah 1 malaysia '... Slogan " kronism membawa kesejateraan kepada kroni "... Bersatu kita berkroni... Bercerai kita jobo...listen...listen ...listen

Abis lh adik jambu rafizi ko kena saman dgn zahid hamidi..kita tngok nnti sapa yg melutut nangis mtk maaf nnti..
Dulu blogger ko sorg dh kena dgn rais yatim 300k nangis2 buat rayuan, baik ko tanya dia apa kabor dia skrg..kesian..dgr citer jobless!

Jobo???? Ko sindir abg non ea..terasa tau dia huhuhu..

Kalau dh ada tanah& harta yg byk kat kg (kelantan) ..soalan aku kenapa tak nk berniaga @ buat bisnes kat kelantan..kenapa??? Ko pn tahu jawapan dia kan..
Mmg tak salah merantau tp jgn lh ibarat meludah tmpat kita mencari rezeki(kekayaan),.
mana sumber yg ko korek ni org johor antara termiskin..klu betullh diorg miskin takdelh sampai berumah di reban..

Kurang ajar punya anarkin ko samakan kami rakyat kelantan dgn indon..mtk maaf cepat!!!

Untuk pengetahuan anon 7.00 ..rakyat kelantan yg ramai berniaga ta kira la iks ke jual pasar malam ke...then mesti nko kurang membaca ni...kenyataan rakyat johor antara Yg termiskin ni di ucapkan oleh pengerusi dewan perniagaan melayu malaysia ok dan aku sahkan lagi dengan apeyg aku lihattahun lepas semasa di batu pahat,2 buah keluarga berkongsi menyewa sebuah rumah,satu keluarga bahagian ruang tamu dan satu lagi bahagian dapur.aku x meludah Seperti yg nko sebut,cume aku nk ajak nko berfikir jauh..pembangunan x salah,tapi adakah ia bermanfaat kpd rakyat ataupu hanya utk mengkayakan sang penguasa.tu je...utk anon 7.04,aku tak perlu nk mintak maaf atas kenyataan kurang matang dan bodoh nko..utk pengetahuan nko,,aku berketurunan kelantan dan johor,sebahagian besar keluarga aku dan saudara mara ayah aku adalah orang kelantan (besut,pasir putih,guchil,jeli) dan sebahagian besar adik beradik mak aku duduknya di johor(mersing,felda tenggaroh,kampung majidee )..jadi org kelantan dah cerdik ngan politik murahan dan pengotor nko nih...;)

Xpelik...cos ancaman tu k.ijat da buat,so ape jadi?menteri pembangunan keluarga dan masyarakat boleh jawab tak tahu kegiatan anak dan laki die?cth role model ke?never...then...nko ingat rafizi tu main hentam bodo je ke?die memang nk si zahid hamidi tu saman die,sebab bila lm mahkamah bukan stakat aktiviti syarikat je di deda,cete lm kelambu pun leh kuar...mslhnya,zahid berani ke?nko tgk ape jd kt k.ijat?haha jgn pandang rendah kt budak2muda bro...

Anon 7.04..aku minta maaf sebab agak emosi dan tak sepatutnya aku guna perkataan bodoh...aku tarik balik perkataan bodoh tu...tapi statement selainya kekal dan tak berubah...; )no offense....my appology..

Wah...seronok la jadi setinggan xpayah bekerja kuat nk beli rmh sendiri...buat jer rmh kat tanah kjaan...time pilihanraya minta kjaan bagi rmh free dgn pampasan...aku pun nk jadi setinggan la macamtu...hidup PR

Yg org Johor pagi2 buta beribu2 org cari makan kat Singapore tak nampak ke.kalau cari mkn kat tempat sendiri susahla.so jgn kata org kelantan saja cari makan kay negeri org.Buka matalah bro.

Bodoh.lu ckp apa ni?

tanah djohor dan tmpt negeri BN sume hampir habis djual kt china so skrg mrk nk ambk kelantan plak sbb tanah sana masih byk..aku harap rkyt kelantan jgn jd bodh mcm negeri lain yg pcy bodoh dgn menteri2 penipu nk bangunkn tanah tp merempat dnegara sdiri nanti ingat dpt rumah sparuh harga atau rumah percuma tu kekal ke...bila dh rumah tu dgadai ko nk mrempat mna..klu dtanah sdiri wlau rumah kecil tp skurg2nya xmrempat dtmpt org nti...biar mrempat dtanah sdiri jgn mrempt dtmpt org


EmoticonEmoticon