Monday

Program Merdeka Rakyat di Kota Samarahan, Sarawak


PROGRAM Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan Sarawak berhampiran Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS semalam mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.




Orang ramai berpusu-pusu menghadiri program Merdeka Rakyat di kawasan mereka untuk mendengar sendiri ucapan yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan menurut pengirim gambar, sekitar 3,000 hadirin membanjiri tapak ceramah.



Ini menunjukkan rakyat Sarawak khususnya di sekitar Kota Samarahan, sudah bersedia untuk menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Sokongan Rakyat Sarawak sangat penting untuk Pakatan Rakyat menawan putrajaya, hanya Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman sahaja yang masih menyokong Barisan Nasional.

Dengan kata lainnya, Barisan Nasional hanyalah "jaguh kampung" kerana parti itu tumbang di kebanyakkan bandar-bandar seluruh Malaysia pada 2008.



Barisan Nasional hari ini sekadar mengharapkan undi orang kampung dan penduduk pedalaman yang mudah diperbodohkan melalui media-media arus perdana seperti TV3 yang masuk ke rumah-rumah mereka setiap hari. Selagi rakyat boleh diperbodohkan, selagi itu BN berkuasa.

ReJaM© "Kini rakyat sudah bijak, petanda BN bakal tumbang... "

1 comments so far

Alhamdulillah...tanda kebangkitan rakyat P197...jatuhkan BEnd...


EmoticonEmoticon