Tuesday

ANTARA GARIS SELAMAT DAN NASIB RAKYAT [WAJIB BACA]


Tulisan Terbuka

28 Mei 2013

ANTARA GARIS SELAMAT DAN NASIB RAKYAT

Pasca PRU13, sudah sembilan himpunan #Blackout505 dan satu himpunan #SuaraRakyat505 berlangsung. Samada ia punyai kesinambungan atau tidak, bukanlah perkara pokok kerna ianya adalah himpunan pergi dan balik. Himpunan hebat ini menyaksikan rakyat dan pemimpin saling bersuara, saling berlaung, hebat bergema! 

Tetapi ke mana gemanya suara dan laungan ini? Apakah ke bukit? 

Saya percaya rakyat hari ini seharusnya sudah mendapat kelegaan yang optima sekiranya demokrasi dalam pilihanraya 5 Mei berjalan dengan baik. Pakatan Rakyat menang PRU-13 menjadikan harga minyak turun keesokkan harinya dan harga tol mansuh berperingkat sekaligus menyebabkan harga barang dan harga perkhidmatan berkurangan. Barangan keperluan asas khususnya akan jauh lebih murah apabila monopoli kroni mula dipecahkan. Rasuah, penyelewengan, ketirisan wang negara dapat dipatahkan. Apa lagi yang rakyat mahu? Inilah yang rakyat pilih.

Barisan Nasional tidak menang PRU13. Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Najib seorang PM yang tidak punya mandat majoriti rakyat. Saya katakan BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu, dalam keadaan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya SPR, dibantu 'papan' siaran telivisyen yang sampai masuk ke setiap rumah, dibantu oleh dana berpuluh bilion, dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu.

Akhirnya penipuan pilihanraya 5 Mei menjadi agenda paling besar dan hangat. Ia diakui oleh semua parti politik Pakatan Rakyat. Rakyat bangkit dengan amarah dan telah dibuktikan amarah ini dalam sepuluh perhimpunan #Black505 di seluruh negara. Dalam masa yang sama, rakyat berpaut kepada parti dan kata-kata pemimpin yang berjanji bahawa rakyat adalah tuan dan negara perlu diselamatkan. Jangan lupa, inilah kata-kata keramat sebelum pilihanraya.

Ketika negara gagal diselamatkan dek kerana penipuan pilihanraya, kerana demokrasi yang digelapkan dan kemenangan yang telah dicuri dalam silap mata blackout. Ketika itu juga sayup-sayup berbunyi saranan kepada rakyat agar jangan gopoh, sayup berbunyi memberi nasihat agar bersabar, terus menyusun gerakan untuk 5 tahun lagi. Apakah mereka lupa kemenangan dan keselesaan rakyat hari ini telah dirampas pada tengah malam 5 Mei maka pemimpin BN dan kroni terus dibiarkan bermewah dan terus mengaut kekayaan?

Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikkan harga barang secara senyap, perlaksanaan GST digerak secara sorok-sorok dan tidak lama lagi AES mula mengambil tempat seterusnya menjadikan jalanraya sebagai pusat 'penyembelihan' yang baru. Inilah nasib rakyat Malaysia - mereka bukan bodoh, mereka cuma ditipu. 

Saya percaya lebih 60% pengundi sebenar memilih Pakatan Rakyat tetapi penipuan dalam bentuk pengundian lebih dari sekali menjadikan peratusan itu merundum kepada 51% - di sinilah gunanya dakwat kekal yang tidak kekal maka BN menang dengan penipuan terancang. 

Pengundi CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar & Bangla) adalah taktik diversion atau mengalih perhatian, ketika penipuan sebenar ialah pengundian lebih sekali khususnya 278 ribu pengundi awal dan pos yang terdedah manipulasi penipuan apabila telah hilang dakwat di jari. Juga lambakkan kertas undi di akhir sesi pengiraan yang membolehkan BN menang tipis di banyak kerusi parlimen di saat akhir. 

Seperti yang saya katakan tadi, penipuan dan kecurangan ini telah diakui oleh Pakatan Rakyat malah keputusan PRU13 juga tidak diterima secara sebulat suara - ini sudah bagus. Persoalannya, demi rakyat, apakah PR sedia bersama rakyat walaupun rakyat memilih untuk turun ke jalanraya? 

Sebelum PRU13, kamu (Pakatan Rakyat) jangka akan ditipu sehabisnya, kamu bersama rakyat dalam BERSIH 3.0, malah kamu bersama anjurkan KL112 ketika kamu sangka kamu akan kalah sehabisnya akibat penipuan SPR untuk kekalkan BN. Namun bila kamu kekal beberapa negeri dan mempunyai lebih ramai YB di atas pertambahan kerusi parlimen, apakah pendirian bersama rakyat itu sudah berubah (apabila keadaan sudah selamat)? Apakah harus redho hanya kerana kelemahan kita tidak berjaya melepaskan diri dari tipu helah Barisan Nasional? 

BN adalah penipu yang baik yakni penipu yang bijak menipu. BN hanya perlu menipu untuk menang walaupun dengan majoriti beberapa kerusi parlimen. Jika BN menang semua, pasti huru-hara, mungkin ketika itu ungkapan 'sabar' tiada dalam perkiraan.

Jadi bagaimana sekarang? Rakyat kini belum selamat sepertimana negeri Selangor, P.Pinang dan Kelantan yang dikira sudah selamat. Jika setuju bahawa rakyat dan negara ini perlu diselamatkan, di manakah pendirian Pakatan Rakyat? Bersama rakyat atau bermain selamat?

Kesempatan ini juga saya ucap tahniah dan salut buat imam jalanraya sejati - Tn Haji Mat Sabu kerana beliau satu-satunya pemimpin utama parti yang berani menyebut betapa perlunya Dataran Merdeka itu ditawan oleh rakyat sebagai simbol menegakkan demokrasi yang digelapkan. Nampaknya Abang Mat tidak peduli nasibnya dalam muktamar pemilihan nanti. Selebihnya pemimpin yang mendapat perhatian rakyat seperti che'GuBard dan Rafizi Ramli juga telah menyatakan bahawa jalanraya adalah jawapan untuk menyentap keegoan regim. Saya salut pemimpin ini. 

Begitu juga dengan Dato' Ambiga yang secara terbuka mendesak SPR meletak jawatan. Jelaslah Dato Ambiga ada masanya jauh lebih berani daripada Hishamuddin Rais atau Tukar Tiub. Saya nasihatkan kepada Isham Rais supaya teruslah menghilangkan diri sampai bila-bila. Ramai lagi pemimpin yang bersama gerakan rakyat yang tidak sempat untuk saya sebutkan di sini. Saya yakin semuanya hebat dan terus istiqomah.

Saya dengan ini mendesak kepada semua parti politik pro-rakyat agar menyatakan pendirian dengan tegas samada untuk terus ditipu 5 tahun lagi, atau bersama rakyat 'menggegar' demi demokrasi sebenar dalam masa terdekat. Nyatakanlah pendirian dengan berani, agar rakyat tidak silap memilih kamu sebagai pembela sejati. 

Tegaslah untuk pilihanraya semula (walaupun terpaksa serah tiga negeri) di atas kecurangan terbesar SPR - dakwat kekal yang tidak kekal. Kes ini cukup kuat bersama sokongan majoriti rakyat. Namun harus diingat, untuk pilihanraya semula wajib dengan SPR yang diperbaharui dan diletakkan bukan lagi di bawah JPM.

Akhir sekali saya bertekad dan menyeru kepada semua NGO dan aktivis supaya pastikan tiada lagi rapat himpunan, tiada lagi acara persembahan, tiada lagi ucapan pidato yang melampuh, kini tiba masa untuk bergerak, kini tiba masa untuk berarak dengan berani. 

Tipu pilihanraya, turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.


EDY NOOR REDUAN 
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

129 comments

Himpun dijalan raya dah basi , lama kelamaan anwar cakap seorang diri dijalan raya , macam orang gila dekat tanjong rambutan tu , asyik nak layan kerenah anwar je , ini malaysia bukan bangladesh ..

Kepercayaan kepada tuhan dan kepercayaan kepada qada dan qadar adalah salah satu rukun iman.
Kalau tidak mempercayainya terkeluarlah dari islam.
Bila Allah tidak memberi apa yang kita mahu mesti ada sebabnya. Walaupun kita menyatakan kita layak.
Allah mengetahui apa yang baik untik kita.
Mungkin belum masa nya atau pun Allah akan memberikan yang lebih baik atau pun kita tidak layak.
Hanya Allah yang mengetahui..
Hanya

Dh mmg x layak sbb itu allah x izinkan!!! €£¥₩

Ustaz jo
Saya nak tanya apakah hukumnya orang yang tidak mempercayai kadaq dan qadar dan ketentuan allah?.

kalau dah penyamun,undang2 dia buat sendiri pun dia langgar.sampai sultan pun dah x de kuasa.

Aik ni orng mana mai ni? Arab ker eusia ker atau bangla yg baru ngundi kena tngkp yg rupanya pwnyokong ambiga ni

Bro nak cakap pasal agama???

Apa kau cakap takde salah nya betul dan tepat, membantah juga tiada salahnya
Bukan kita menentang ketentuan kita tak salahkan tuhan disinilah konsep berusaha pulak masuk.

Ketentuan Allah diterima,tanpa kita salahkan Dia,
Kita redha pada Dia bukan pada manusia.

tapi kita bergerak menentang pun dengan izin Allah bro.

Emmmm,
Kita hidup ni bro,kita tak tahu ketentuan kita bro, setiap yang dijadikan Allah bersebab.

Kau pun tak tahu apa sebenarnya ketentuan bro,
So just let it be,

Kalau kau percaya ketentuan maka diam lah jugak sebab dah ini ketentuannya.

bahkan Rasulullah Saw. bersabda, "Ikatkanlah dahulu unta mu, barulah kita bertawakkal kepada Allah."

Maka apa pun kita usaha, berserah dan redha, bila gagal
Usaha lagi berserah dan redha,
Bila gagal usaha lagi berserah dan redha.

Faham tak???

Usaha lagi berserah, dan redha.
Usaha lagi berserah dan redha.
Gagal???
Usaha lagi berserah dan redha.

Ps. Kau lupa konsep usaha kot.
Dah tu jangan kelirukan orang umpana bila gagal kita wajib berhenti lupakah kau semua ujian pada kita,

Man jadda wajada

Dah kalah tu dah la..

Cuba buktikan pada rakyat yang pakatan buat kerja, berbakti pada rakyat, PRU14 kan ada lagi, apa nak takut..ni aku tengok sibuk dengan demonstarasi ukur jalan, kira kerusi stadium, tebas rumput stadium, bila masanya nak bukti pada rakyat yang pakatan layak memerintah? Kenapa terburu nak jadi PM? Takut dah tua ke masa PRU14?

Huha sana huha sini, akhirnya jumlah yang datang demonstrasi dah merosot, rakyat dah bosan, habuk pun tarak, ni nak ajak ukur jalan pulak, hairan aku ngan puak korang ni, macam dah tak ada PRU14 lagi agaknya.

Kita ada undang2, apasal tak hantar petisyen 21 hari? Tak buat report awal2? Tentu ada sebab..merusuh jugak yang dipilih, apa punya pakatan, kalau gentleman kita bawa ke PRU14, bukan dengan mengajak merusuh, tak logik betul korang ni.

Edy noor ni lu dah kira mcm menghasut org buat demo kat jalan2 nie.. kau jgn main2 edy... ok lah aku nie sbnrnya penyokong tegar PR dan kalau nak tau lah pendapat aku tang pru baru ni dan himpunan konsert blackout kita satu m'sia tu.. bagi aku ia sememangnya tiada memberi kesan dan impak apa2 pun pada kekuatan kerajaan BN ni.. ia mcm kita pegi balik tengok konsert je.. dan kalau mcm cite tipu2 ni pun bagi aku sama aja kita PR ni pun banyak jugak tipu2 nya pun... jadi skrg nie aku fikir yang seelok2 dan lebih baik adalah kita patut beri sokongan pada kerajaan skrg di bawah pimpinan DS najib bersama2 membantu untuk membangunkan negara kita kearah yang lebih baik dan cemerlang demi rakyat m'sia keseluruhannya.

Bro macam ni lah kenapa kalah kau pun tak tahu.
Yang Maha mengetahui cuma Allah.

Layak tak layak dan segala sebab cuma Allah yang tahu.

Aku no,komen sebab aku tak tahu, jadi aku sebagai hamba terima, dan bermohon lagi

Benda termasuk rukun iman kita percaya semua ni dah jelas dalam Quran.

Aku nak tanya kau bila seseorang kene rompak dimana ketentuan di situ, apa ketentuan yang kau rasa.

1. Kau melawan
2. Kau biarkan
3. Kau relakan.
4. Kau bersyukur
5. Kau duduk dan biarkan sebagai ketentuan.

Jawapan aku ialah aku tiada jawapan baginya.

Maka apa saja kau buat itulah ketentuannya, kerana dia maha mengetahui apa yang bakal berlaku,
Dan maha menentukan segalanya.

Kau sebagai hamba just hidup dan mengesakan Allah tuhan sekalian Alam.

Hahaha malu nak mengaku ke UMNO hapuskan kuasa raja.

Kata bela melayu.
Bukan cina tapi melayu UMNO yang hapuskan kuasa raja

Apa lagi kau nak nafi.

Bila pulak merusuh dah buat dah semua tu hangpa tunggu ajalah.

Kalau ketentuan kali ini atas usaha ini Allah nak bagi kepada kami hangpa jangan meroyan pulak.

Kalau gentleman tak lah main tipu
Tak faham panjang lebar dah dalam topic sebelum ni asyik ulang aja bosan lah bro

Jenis tak faham bahasa

Usaha lg untuk tahun 2018 itu yang betul.bkn doj melalut lagi

Aku bosan,ngan budak2 umno yang datang menyerang blog ni hahahaha

Ulang benda masa bila dah explain masuk topic,baru ulang benda sama.

Bosan bro serious aku bosan.

Asyik isu sama yang dijelaskan.

Nanti akan ada lah puak2 yang dok cerita pasal jubo bla2....bla

Anwar tak pernah kene tangkap pun kes liwat dari dulu sampai hari ni.
Ini fakta, kau boleh check kalau nak.

Asyik cakap pasal demo, wei mana lagi tempat yang ada semua kene dekat faham ke tak????

Bagilah berucap kat tv, tv tu bukan umno punya rakyat punya. Semua ada hak.


Hari ni semua dah tahu harga kereta takkan turun Aku janji mananya???
5 tahun lagi???
Oh dekat pilihan raya baru???
Ini semua kerja menipu.

Gst nak,impliment dah ikut korang lah.

Tak faham bahasa,
Cakap puluh kali pun hangpa dok ulang benda sama.

Masuk dalam sini buat propaganda aja banyak.

Aku tanyan korang

1. Mana channel untuk bagi rakyat tahu tentang penipuan yang pakatan tentang???
Bila mana ada peluang atau ruang untuk parti,pembangkang dalam tv macam negara lain???
Mana??? Mana??? Mana???

2. Salah ke undang2 bagi kita cabar semula keputusan apa?? Laporan polis dah dibuat sila faham.

3. Adakah bukan kesalahan bagi spr yang bagi dakwat kekal tapi tak kekal???

4. Mana dia orang yang kata slah guna dakwat kekal masa pru 12, sampai ia dibatalkan masa tu???

5. Mana kes merusuh yang korang cakap sebelum ni???
Mana rusuhan???
Apa,istilah rusuhan???
Mana spring kejadah yang digunakan untuk takutkab orang tu???

Berapa banyak senjata yang ada untuk guling kerajaan???
Mana dia???
Bagi bukti lah jangan just cakap.

Menghasut ni kerja umno bukan kerja pakatan, isu pekauman, asyik2 nanti cina perintah melayu itu aja lah ayat korang.

Haramkan lah dap kalau dap tu jahat sangat, apa kau cerita???

Kelakar tgk puak UMNO nyata lah kau lebih meroyan takut akan kebangkitan,
Kau tunggu aja bantahan insyallah milik kami.

Apa yang kau takut sangat???

Bantahan akan tetap dibuat
Apa yang kau takut???

Biarkan,lah melalut sekali pun kenapa korang paling mengelabah???

Tak ada maknanya lagi untok berhimpun , pru dah selesai , najib dah jadi pm dah , kita orang umno dah cuci tangan dah , terima sajalah keputusan pru itu , atau tunggu 5 tahon lagi , asyik asyik jawatan pm itu yang disalak hari hari , buang masa layan perhimpunan itu , tak ada maknanya , suroh anwar cari kerja lain lah , peluang kerja masih banyak dekat malaysia ini ...

Dah kalah macam2 ler mnipu ler,api pdam ler,spr ler..psst aku kcik2 dlu kalu kalah bola mesti tuduh pemenang guna bomoh hehehe bile d postmotem balik smuny kaki bangku..kahkah aku tabik parti PAS biorpon round 21 da tumbg ttp anggap suratan takdir.. KALAH TETAP KALAH...

BRO JOHN, kite nk tunggu dpt anak pon 9 bulan br kluor ank 2..hehehe ..akujanji yg berwawasan...manifesto yg berfantasi..huhu

Jawab lah soalan aku, jangan pusing apa susah.

Kalah boleh bantah ma hahahaha
Tunggu ajalah

Wawasan lah sangat hahahaha.

Ciplak lebih hahahaha.

KIPAS KIPAS KIPAS geng2 PR da panas weiiii

ITULAH QADA N QADAR..kalah ttp kalah..menang ttp menang.

Soalan kau ni meleret2 bosan tau x..mcm cerpen..kau jd pnggnti A SAMAD SAID lg bgus ler hehe

Buat buat x dk gak.kalut tul

Saya tanya apa hukumnyA .bukan pasal samun rompak.kalau samun dan rompak iti lain kalu kita lawan tersalah lawan kena tikan ker apaer ke itu pun takdir kalau x lawan kita selamat itu pun takdir semua dh di tentukan oleh allah.yang saya tanya ttd apa hukumnya?

APA HUKUM NYA ?
APA HUKUM NYA ?

Soalan yang mudah.

Kuasa yang macam mana ? Ko kena khususkan .

Kamu yang x faham.nuar cuma buat repot dakwat x kekal aku ingat banyak lagi kes yg lebih besar .cuma dakwat kekal jer.aduyaiii

Ko ingat senang ker nak turunkan harga keta macam jual ikan kt pasar.kenalh beruding dulu dengan pengeluar dengan pengimpot kereta yang kebanyakan siapa? Semua orang tahu siapa kan .kereta kwluaran dalam negara kereta nasional kena pula buat berpwringkat peringkat.harga kerwta bro.duty eksais itu no problem.sabar lah kerajaan janji di tepati.tungguuu.kalau x ada baru kita pilih pakatan plak tahun 2018

Sepatutnya pembangkang lepas pru dh selesai kita sama sama dengan kerajaan dan pakatan buat perbincangan macam mana nak percepatkan turun harga kereta.bukan pi menghasut berhimpun buat fitnah segala macam fitnah.macam mana nak turunkan harga barang yang mahal .siapa yang menaikan harga barang kerajaan atau pembekal atau pemborong.semua ni angkara siapa.

Tinggu tunggu tunggu itulah ayat pakatan sampai bila harus ku menunggu? Tunggu punya tunggu hanya rwpot dakwat kekal jer aduyaii.penat menunggu macam buah x jatuh ni.

Jo
Aku tahu kenapa dia kalah.sebab di kalah lah

Takut?
Siapa yang takut aku tak takut cuma aku menyampah dengan dia yang x faham kalau dh kalah kalah lah .apa di x belajar ke apa itu K A L A H K A L A H. BENGONG!!@$#&€£₩¥£

Anwar tu jaga permatang paoh lagi baik , habis satu malaysia anwar tawaf buat apa , dah kalah tu kalahlah , nak jadi pm lain kalilah , tunggu pru 14 nanti , itu tak betul , ini tak betul , dah tiga suku aku tengok anwar itu , ini bukan masa bermain politik , kita nak fokos kerja ni , bukan masa nak dengar politik anwar lagi !

Berusaha dan redha ketentuannya. Itulah yang sepatutnya. Juga muhasabah diri sebelum menyalahlan orang lain.

Lah kan dah jawab benda tu rukun iman. Hukum nya wajib beriman pada ketentuan Allah.

So kau nak kata orang tak beriman???

Huhu berani nya puak umno ni,
Ada lah kau mengetahui isi hatinya???

Hahahaha nampak sangat cakap takde fakta, dah berapa tahun tak pernah kerajaan nak turun harga kereta.

Cuma bila pakatan dalam menifesto kata nak turunkan baru kerajaan sibuk kata boleh tu pun entah bila.

Pakatan dah siap dengan makanism cara nak turunkan harga, kerajaan apa pun tak nampak lagi.

Aku janji tapi lambat lagi hahahaha

Nak tiru tapi tak fikir cara pun lagi adehhhhh.

Ni pakatan punya.

http://m.youtube.com/watch?v=nxjmGrkLVBM

Ok tgk dan amati semua dah dikaji.


Yang sorang ni pun samdol,report semua dah dibuat semua bukan setakat dakwat kekal lah.

Cakap berpuluh kali pun tak faham ke???

REPORT DAH DIBUAT UNTUK SEMUA.

Aduhhh baca lah utusan banyak2 apa pun tak tahu

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/19590-lampu-padam-wan-ahmad-malukan-spr

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/05/setelah-cubaannya-memperbodohkan-rakyat.html?m=1

Dengan izin allah macam pernah dengar jer.oh ya anak nik aziz cakap allah pwrintahkan pas untuk ke putra jaya.aik...mungkin melalui wahyu pada nik aziz kot

Ini menarik bro beriman pada Quran adalah termasuk arahann didalamnya betul???

Beriman pada rasul percaya rasul adalah wakil bagi kita, dan kita ikut hadith betul??

Ok menuduh orang berzina

Apa hukumnya???
APA SYARAT DAN HUKUM DALAM ISLAM

APA SYARATNYA APA HUKUMNYA

SOALAN MUDAH JUGAK
PERLU IKUT ATAU TAK????

Jawab lah

Jawapan aku di bawah,

Semua report dah dibuat

Ada aku cakap orang x beriman ker?

Aku tanya apa hukumnya ? Apa ko takut nak jawab hukumnya bwrdosa .takut terkena pada idola ko.
Apa yang ko merwpek ni?
Aku tahulah rukun iman
Itu yang aku tanya apa hukumnya kalau orang tak mahu terima kekalahan yang telah di tentukan oleh allah.

Soalan aku sorang pun tak jawab,
Jawab lah soalan mudah aku tu

Aku janji hahahaha

Panas tang mana bro hahahah,

Aku tgk korang yang tak senang duduk tiap kali keluar article dalm,blog ni hangpa panaih lebih.

Hahahaha

Tungguuuuu
Hakim pun suruh adil dalam menilai protes pilihan raya nanti hahahaha

Tungguuuu aku takut puak2 hang nanti tak senang now pun dah tak senang panas punggung asyik menyerang hahahaha.

Alih alih benda sama dok pusing hahahaha.

Kita kena faham kalau kita telah mengetahui orang itu berzina dengan bukti vedeo yang kita lihat kita kena menasuhatkannya supaya bertaubat kepada allah.walau pun orang itu tidak mengaku terpulang lah pada dia itu antara dia dengan allah sebab allah jua yang mengetahui apa yang dilakukan oleh hambanya.lepas tanggong jawab kita yang melihatnya.

Macam budak2 hahahaha

Tunggu lah habis bantahan,
Habis berkempen pun hangpa bukan menang pun majoriti sokong pakatan.

Duit berabih jugak hahahaha
Fitnah sana sini,pun rakyat bersama pakatan.

Majoriti rakyat bersama pakatan hahahaha.

Aku tanya tanya perlu atau tak kita hakimi guna syarat yang ditetapkan dalam Quran dan hadith dalam kita nak tuduh orng bro.

Jangan pusing aku tanya ni.

Hukumnya apa???
HUKUMNYA WAJIB KE SUNAT KE OR TAK PERLU???

perlu tak kita berikan pada syarat dan hukum dalam Quran dan hadith tu dalam buat pertuduhan.

Sila jawab tak payah pusing spin melencong

Tunggu tunggu sampai bila harus ku menunggu!!!

Majority bro kalau majority menang 89 kerusi per citer.bn dapat 133 kerusi .apa majority.kalau ditanya pada budak tadika sapa menang 133 ker 88 pasti merwka jawab 133.yang menang suruh bos ko belajar kt budak tadika pasti

Ini kesilapan,yang kau tak nampak kalau semua adil bagi ruang dalam media semua tak perlu nak pusing sini sana.

Kami terpaksa pusing sendiri sebab,media dikawal,pemimpin.
Media tu hak rakyat dan bukti kebaculan kerajaan.

Kau anggap pembangkang macam musuh negara....wei grow up lah bro,
Ini politik mana2 negara pun sama.

Sama2 ada ruang berpolitik secara adil.

Maaf,aku kata umno sangat penakut, ini lah mainan orang berkuasa.

Aku tak minat pemimpin bacul sorry lah, orang bacul tak layak pimpin aku.

Negara lain semua main jantan, semua ada ruang untuk parti lain.
Di luar negara tak macam ni situasi bacul takde telur ni cuma dalam Malaysia.

Dalam,korang sekat pun most of malaysian still sokong pakatan dan lebih dasyat lagi di bandar hampir semua pakatan menang....ini fakta

Umno kekal jaguh kampung,
Hasil,penggunaan media bertahun kempen bukan sehari dua hampir setiap hari umno tak senang duduk sebelum pilihan raya bermula bertahun dah kempen burukkan pakatan.

Macam korang kata kalau bn focus pada negara and bukan pakatan mungkin negara lebih baik.

Tapi mainan bacul bn hanya cukup memperdaya orang kampung aja,
Semua dibandar korang tak akan menang.

Spr badan bebas pun,asyik menyebelahi bn. Jadi lah professional.
Dalam,kekangan yang dasyat ini kami tetap berjaya bro.

Nak tahu tak bukti kami kuat hahahah
Buktinya cybertrooper umno bersepahan dok serang blog ni tanda korang sangat tak senang duduk hahahahaha.

John jo d'first

Aku sorang aja bro
Bukan ramai pun korang ramai pun aku hadap.

Ko ni mmg buta kayu orang tanya ko ko x jawab pas ko spin orang 941 dh jawab tp ko Spin lagi

Hahahaha aku kata majoriti rakyat menyebelahi pakatan.
Tgk bilangan pengundi bukan kerusi.

Tapi dah syarat ikut kerusi, now kami akan tuntut kerusi hahahaha

Macam ni lah bro benda akan masuk mahkamah ok hang bising apa pun bantahan tetap akan dibuat.

Apahal hangpa panas punggung ka???

Rileks lah hahahaha

Kt pahang yb dap sendiri menafikan black our di tempat beliau.x dak repot.kat kedah rwpot di buat pada 9/5 kenapa lewat mungkin mwncari cara nak menipu kot.kebapa kat sekolah tu jeryg blackout ikut kata pengadu puak pakatan lan .kenapa kt sekolah tersebut jer yang black out.tempat lain x dak? Kenapa pwtugas iaitu ketua tempat mengundi xbuat repot? Atau puak ko sendiri yang buat untuk buat spin.

Aku tanya lagi kenapa saksi yang buat tak tampil untuk bagi tahu bahawa dia merakam perkara tersebut???

Apa hukumnya takkan ada video takde yang rakam???

Kalau ada yang rakam dimana dia merakam???
Siapa yang berasamanya???

Kenapa dia merakam tapi tak melaporkan????

Now aku tanya siapa bukti sahih mengatakan,itu adalah annuar???
Siapa yang betul bersumpah itu Anwar sedangkan eskay pun tak berani cakap Anwar zina.

Now,apa hukumnya???
Dalam Quran apa hukum nya sila jawab

Aku x panas pu ggong tp ada orang panas x dapat punggong

Bro 9:41

Perlu atau tak kita ikut syarat Quran dan hadith dalam menentukan dia zina atau tak??

Apa hukum menuduh tanpa mengikut syarat yang ditetapkan Quran dan hadith

Apa hukumnya
BAGI AKU HUKUM,
WAJIB, SUNAT OR TAK PERLU

KAU LENCONG APA AKU TANYA HUKUN,JAWAB LAH HUKUMNYA APA MUDAH AJA TAK PAYAH PUSING.

INI SOAL QURAN DAN IMAN
PERLU TAK KITA IKUT HUKUM,QURAN BILA PERKARA MACAM,INI TERJADI????

JAWAB BRO.
Ingat ini akidah rukun iman

Ko marah kata puak amno x keja lain pungkok zina sex? Ko yang lari tajuk.
Soalan aku x dak swbut pon jubor zina ke.
Yang aku tanya apa hukumnya orang yang x percaya kadaq dan kadar dan tidak menerima ketentuan allah.ko x jawap ko spin dan melencong meraban kelaut.

Kenapa situ aja blackout adalah solan,yang timbul bagi kami.

Itu soalan yang kami tanya.

Now report polis dah dibuat bro.

Aku pun ko komen benda ni perlu disiasat.
Adakah bentong termasuk dalm,laporan polis yang dikatakan berlaku blackout tu???

Just refer to,polis report yang dibuat.

So report dah dibuat sabar ajalah nanti masuk mahkamah pulak sabarlah ye

Cerita sekarang pun tak kemana.
Biar depa yang handle aku pun tak tahu mana blackout aku cuma tahu
Report dah dibuat jangan tuduh pulak tak buat.

Gambar tu pun asli, now berlaku persoalan siapa menipu
Now kita biar pihak yang berkait handle

Bertekak pun tak kemana bro.

Memang kau sejati umno tahniah

Balik2 kesitu aja hahahaha

Nmpak jelas bro jo berperang dgn setan2 yg dikenali... takpa la jo, diorg tu bkn mcm kita yg ikhlas berjuang, diorg tu cari mkn.. kununnya nak pertahan umno bn tp sbenarnya mulut msg2 tgh ternganga.. minta bangkai utk dsuap.. aku percya wpun apa2 hujah yg betul diorg ttp dah mindset nak provoke je.. buang masa je kita layan siberuuuk trooper ni

Aku tanya soalan jawab aja,
Ini soal hukum jawab aja.

Hukumnya perlu atau tak kita sandar pada Quran dan hadith dalam buat pertuduhan???

Aku dah jawab soalan kau hukumnya wajib beriman pada ketentuan,Allah.

Orang yang menyalahkan Allah dalam ketentuan yang diterima telah menafikan akan Allah itu maha mengetahui dan maha menentukan.

So jawab soalan aku,
Orang akan baca post disini

Aku nak kau jawab
Hukum menuduh zina tanpa berpandukan Quran dan hadith.

Boleh atau tak???

Ps: kenapa,takut nak,jawab bro2 sekalian

Aku pun x suka dengan pemimpin yang tiada maruah yang dh kalah x mengaku ini lagi bacul

Dan aku pun tanya soalan jawab jer
Ps kenapa takut nak jawap jo

Hahahahah,

Yup betul bertahun-tahun berkempen dapat tak seberapa pun

Dah tu menipu dan bacul,
Dah lama dia kalah sebab tu menipu
Sampai bagi duit,
Dah lah duit tu milik rakyat pakai lambang parti

Hahahaha poyo gila
Macam,harta sendiri
Bacul dan menipu orang pelik ada jugak sokong hahahaha

Xpyh bertekak pun..keje cari duit,kukuhkan ekonomi keluarga dulu..pru dah lps,life must go on..asyik nk berpolitik je,cmne nk maju msia kite ni..

Dah berpuluh tahun aku duk msia..emm aku rase selama gomen bn memerintah,blum ade lg org mati kebulur or bakar diri mcm kat mesir tu..kalo smpi tahap tu,baru la bley kite turun ke jalanraya kot??

Pusing apa lagi aku dah jawab hahahaha

Orang yang tilak ketentuan itu adalah salah, yang macam mana dikatakan salah ialah bila,dia menyalahkan,tuhan.

Baik atau buruk kita yakin semua dari Allah.
Namun kita perlu tahu, kita perlu terus berusaha kerana,mungkin itu adalah ujian bagi kita.

Melihat istikomah dalam perjuangan, apa pun selagi diizinkan Allah kita berjuang yang sudah berlaku kita harus redha.

Perkara ini dikatakan sendiri oleh ustaz ismail,kamus kami redha.
Kerana ini,ketentuan Tuhan.

Tapi kami berjuang kerana ini adalah jalan nya membawa,kebenaran memang pahit.

Kalau kau kata kegagalan adalh tanda berhenti kau silap.
Umpama berdoa bila berdoa yakinlah kita dah dapat.
Bila tak dapat kita doa dan usaha lagi sampai dapat.

Now
JAWAB SOALAN,AKU

APA HUKUM NYA JANGAN PUSING JANGAN SPIN
APA HUKUMNYA

ADAKAH,KAU TAK BERANI BEEKATA BENAR???
ADAKAH,INI SIFAT UMNO???
KAU BERKATA DENGAN BENAR INI KEHDENDAK AGAMA KALAU KAU TAK JAWAB KAU DAH TAK BAGI PENCERAHAN PADA YANG LAIN BRO FIKIRLAH SENDIRI

Hahahaha now kau cakap pasal,majukan diri hahaha

Yang mana aku pun setuju

Tapi aku, nak tahu jugak apa kau buat mengomen dalam blog ni???


So,aku
Settle
Rumusan,aku....
Report dah buat
Tunggu fight mahkamah,habis cerita

Hahahaha,

Umno pun turun kat jalan,jugak
Belum aku dengar dap serang melayu hang fitnah dap macam2

Masalah,nya hang taknak dengar sebab tu hang tak tahu ke isu negara.
Dunia pun tahu hang kalau kata hang tak tahu isu Malaysia hang saja lah pilih jadi buta.

Dunia pun tahu Malaysia korup.
Money laundering kuat,
Berapa dah pemimpin kita ada kes high profile???

Hang aja tak tahu and tak faham kesan,jangka panjang dia kalau hang tak tahu nak aku ajar aku boleh ajar.

Supaya hang faham tapi,minda jangan tertutup.

Macai umno jawab la..anda semua tak percaya pada al quran dh hadis ke?lupa pulak umngok mna penah bukak quran kalo nk bt rujukan.."

Ha ha... orng saja nak sakat hujah2 ko yng mcam rafizi tu... silap2 ko ni memng rafizi kot... degil dan bengap nya sama je...

Inilah kebenaran,sikap korang.

Malu akhirnya diam,
Pusing sini sana semua pusing.

Kau takut dengan hukum,
Takut ke kau menceritakan kebenaran???
Tapi kau tak takut mencaci menghina orang, dan menafikan,terus arahan Allah.

Nak sebut yang benar kau tak berani.

Kau tanya aku beriman pada ketentuan, jawapn aku wajib

Aku tanya beriman pada Allah,kitab dan rasul.

Apakah kita wajib beriman pada hukum Quran dan hadith???

Jawapannya ya. Mudah kan???

So bila dalam kehidupan adakah kita perlu ikut hukum???
Jawapannya ya, mudah. Tak???

Apa kata kalau kita tak nak ikut hukum and still tuduh???
So aku tanya adakah kau beriman pada undang2 dalam agama.

Faham itu ajalah.

Stop pusing, benda jelas dan benar.
Berhenti lah cakap benda tu semua.

Aku punya pendirian mudah, selagi aku tak tahu aku diam and sangka baik.
Dari aku sibuk bising sini sana pasal bila tanya hukum,baru kau terkedu.

Sekian salam
Aku cuma,musafir lalu.

Aduh bro dengan izin Allah dan,insyallah itu maksudnya sama.

Aduh apa punya oranglah kau ni,

Kita berikan pada Allah segala urusan kota,kita bila berkata kene,ada insyallah sebab,kita yakin dan tahu bahwasanya Allah yang menentukan.
Bukan kita menentukan sesuatu.

Kita usaha dengan semua yang di beri pada kita, kita tak mendahului dia sebab dia maha mengetahui dan maha menentukan sebab tu kita gunakan ucapan

Dengan izin Allah @ insyallah
Tanda kita mengaEsakan Allah.

Ok bro
Tak payah politik sangat ucapan tu baik bro.

Bro bagi fakta dalam,hujah.

http://m.malaysiakini.com/news/178826

Serba sedikit untuk kau baca.

Adalah situ kau boleh faham.

Syukur kalau kau anggap aku macam rafizi sebab aku respect geliga akal anugerah Tuhan pada dia.

Sakat aja ke???

Takde modal lain ke???
Udh2 lah tu.

Esok,lusa korang ulang lagi benda sama.

Hahahaha.

Maaf. Bukan ismail,kamus tapi harun din.

Kesilapan,disitu sekian.

Ko dah usaha kan? tu yg Allah bagi more than 50% undi tu... Tapi Allah still bg ko kekalahan supaya ko berfikir.. Agak2 kalau situasi ni terbalik... mahu tak cukup tanah ko nasihat org BN utk redha... Bhai...redhalah bai..jgn rendahkan kekuasaan Allah. Allah masih boleh berikan ko kemenangan walaupun seluruh warga bangla datang mengudi kat Malaysia..Kun Fa Yakuuunnnn.

Terpulang pada kau bro menterjemahkan ketentuan.

Aku tak rasa kalau kau kene tipu or contoh seorang budak kecik tak pandai kau akan kata,ini ketentuan kau.
Maka jangan lah belajar.
Dan membesarlah dia tanpa sekolah.

Aku takut kau, akan menggunakan alasan ketentuan menjadikan diri kau terus begini.

Secara jujur aku tak tahu apa ketentuan bagi aku so aku just hidup, kalau esok aku kene berjuang demi nyawa aku akan berjuang.

Istilah kau mengenai ketentuan umpama kita perlu hilang daya usaha. Kelakar kau ni bro.

Pandai kau pusing kan istilah nampak macam betul

Jujur macam mana kau boleh tahu ia adalah takdir untuk pakatan kalah dan duduk diam????

Adakah terus berjuang juga bukan termasuk dalam ketentuan???

Apa yang berlaku sudah pasti ketentuan tiada dakwi kita redha, yang mendatangi juga bakal ditentukan, persoalannya apa kita akan buat sekarang menentukan di hadapan.

Jika tewas juga maka kita akan lihat ketentuan apa seterusnya.

Apa yang kau tak faham lagi.

Bro,jujur kata kau sangat jahil.
Kenapa kalah cuma Allah aja tahu, semua dalam pengetahuannya.

Kau pun tak tahu kenapa pakatan kalah. Jadi aku syorkan jangan memandai menterjemah takdir umpama kau maha mengetahui.

Apa yang terjadi semua dh dirancang itu lah qada dan qadar.

Sebab kau pun tak tahu apa akan jadi esokkan???
Yang terjadi esok lah dinamakan ketentuan.
Yang terjadi semalam,juga ketentuan.

Maka semua ini adalah ketentuan.

Aku menegur pemahaman dan spin kau pasal ketentuan juga adalah ketentuan.

Redha lah yang engkau salah.
Tapi macam tak redha aja???
Redha tak yang aku cakap ni betul??

Cakap pandai
Dan banyak spin lah lu bro.

Firman Allah
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Sekian.

aduhai malaysiannnnn, buang sifat mazmumah, amal sifat mahmudah. Insya'allah....wahai saudara2ku wa'ima dr pihak mana2 pn, jgn terlampauuuuu, atok risau, tanpa kte perasan terjejas aqidah nanti..(TT)

Dah masuk atuk pulak bagus lah,
Cuba bagi penjelasan,sikit tok.

Wajib tak beriman pada hukum dan syarat dalam,Quran???

Pandai,atuk ni entah darimana datang nya boleh tepat masuk blog ni pulak tu.

Cuba jelaskan,sikit tok

Bro kalau istilah ketentuan kau lah,
Maka game bola Pahang Johor harus terus dibatalkan ke???
Hehehehe

Sebab ketentuan kata batal,
So bila dah batal tak payah buat lagi dah hahahahaha sebab kalau kita buat jugak kita dah tolak takdir kan bro???

Hahahahaha
Fikir2 lah

Papahal x kire rakyat bn or pr ttp akan melalui zaman kesempitan hidup yg melarat..lain la pak menteri or kroni umngok yg kaya bagai..yg hujah bagai ngampu amngok tu klu org biasa mcm aku tu..time sesak dek kerna belanja harian tu..ingtkan komen aku ni yer..org pr ni dok buat kerja pr ni x ketagih upah pun mcn korng pemuda bhgn caw. Je kot

Hahhaha
No komen bro hahahaha
Tapi sejujurnya aku cuma musafir lalu.

Saja aja baca blog milo suam ni, aku tgk juak2 umno ni pantang ada topic mesti depa serang dan berseronok.

Aku tgk fakta pun takde dan lagi teruk masing2 dok cakap pasal zina lah liwat yang sangat sinonin dengan umno.

Aku ada member orang kuat umno dari Johor, aku respct dia terima pendapat aku.
And dia setuju bab hukum menuduh tu perlu berdasarkan Quran dan sunnah.

Tadi standart macai sini bila tanya hukum semua terkedu diam hilang terus.

Aku dah penat menulis mungkin aku akan ikut jalan didi, sebab yang menyerang blog ni semua adalah bacul, and sanggup lari dari berkata dengan kebenaran.

Tak sanggup sebut kesalahan sendiri tapi asyik sibuk nak aibkan orang.
Bila sentuh hukum terus hilang.

Salam

Sembang pasal ketentuan Allah.. syok jugakan.. byk sgt spin.. mudah contoh byk.. tp tetap nak spin.. klu menang dgn jujur org xmarah la.. contoh hang masuk pertandingan. Ang tauborg tu main tipu terang2.. rasuah pengadil.. dan dia menang.. ape ang nak buat.. adakah ang akan duk diam.. atau ang pi buat report.. kalah tetap kalah ke mcm tu..org curi barang ang.. ang nampak org tu curi.. adakah ang nak biar.. ang kata ketentuan Allah.. mesti ang pi pukul org yg curi.. atau ang pi buatvl report polis.. byk g contoh yg ada.. xpayah la spin2..

Ko yang bangang sbb ko ni tak guna akal sbb ko dirahkan supaya spin segala macam.ko x kan dengar dan buat buat x faham jer.aku seronok layan ko ni sbb aku tahu ko ni mmg jenis tu.

Haron din ularmak pas.aduyaiii

Guling guling atas jalan .sembah derhaka nizar.apaer de hal puak lahanatullah ni buat semua boleh

Ko mana lercaya kt polis .

Kes bafia pasal x nak lawan kata ada benar.pasal lawan nak batalkan tuduhan takut ker

Hai rossie baru balik dari gunung ledang ker.bertapa cari ilham ikut ikut jo.patutlah sama jer.

Dunia pun tahu sapa nuar

Cari lagi apa apa yang boleh spin tetapi satu jer

KALAH TETEP KALAH
KALAH TETAP KALAH
KALOH TETOP KALOH
KALIH TETEP KALEH
KALUT TETOP KALUT
ITULAH PUAK PAKATAN HARAM

So hukumnya apa???

Jawab lah

Hahahaha kelakar hahaha

Ini je???
Aku baca whole komen kau itu aja kau nak cakap???

Macam marah aja bro hehehe

Hahaha lupa pulak kes Terengganu kan hahahaha.

Ingat tak dia tulis apa atas banner.

Sembah derhaka nizar hahahah
Kau banyak baca utusan tak tahu penjelasan kot

TOKOH bahasa terkenal, Dato' Dr Hassan Ahmad Hassan menegaskan tindakan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang melafaz 'sembah derhaka' kepada Tuanku Sultan Perak, jelas menampilkan tindakan 'beradab' beliau dalam menghormati institusi raja dan itu tidak boleh dianggap sebagai derhaka atau penderhaka, lapor Harakah terbaru semalam.

Ungkapan 'sembah derhaka' yang digunakan dalam percakapan istana tidak membawa maksud derhaka, menderhaka atau menentang perintah seseorang Sultan. Sebaliknya ia membawa maksud 'tidak bersetuju' dengan sesuatu pendapat atau keputusan Tuanku Sultan.

Sumber
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/02/tokoh-bahasa-sifatkan-sembah-derhaka.html

Ini aja kau nak komen hahahaha
Cetek nya akal,

Komen aku berjela ini aja kau balas???

Kalau gentle sekurangnya letak nama sekurangnya orang boleh rujuk.

Bacul dari puncak sampai ke akar

Whistle blower act bro
Patut ke begitu
Si pelapor pulak salah???
Bila dia act for sale if the public??
Apa pun biar mahkamah putuskan

Ini 5 hari lepas

http://www.nst.com.my/latest/pkr-s-rafizi-to-stand-trial-for-bafia-charge-1.284897

Hahahaa anon 236

Banyak o soalan tak jawab hahaha
Hukum kat atas sana tak,jawab.

Kelakar gila tak berani jawab

Last2 turun bawah provoke benda baru hahahah konfirm takde telur.

Hahahaha
Hehehe insyallah tunggu aja lepas masuk mahkamah lah.

Memang lah kalah siapa kata menang aku gentle tak nafi punya memang umno menang kerusi parlimen. Dan dah memerintah.
Tahniah

But
Wait,.... Mahkamah punya kes bantahan akan menyusuh hahahaha
Insyallah.

Tulah bro depa ni jual agama,
Aku rasa yang serang pun low class punya level.

Takde akai punya spin2 last2 tanya hukum langsung lari.
Dah tu masuk sorang tu aku rasa meroyan dia lebih teruk dari yang kalah.

Dia serang semua tapi biasalah orang meroyan langsung tak bawak fakta hit and run.

Nama pun tak letak aduh
Bacul sungguh langsung tak gentle hahahaha.

Selepas rayuan di tolak mahkamah

Dari kepala sampai ekor sama jer penipu pemfitnah.segala macam putar alam.bodoh punya bang non.

Yes negara kita ni takde akta whistle blower ke???

Kau faham tak apa jadi???

Dia mendedah kan dokumen, bagi rakyat tahu benda yang jadi dalam syarikat tu.

Aduhhhh

Sebab tu soalan aku takde ke whistle blower act???

Ke kau tak faham apa tu whistle blower???

Lagi pun ini kes masih perbicaraan, malas komen

Hahahaha macai tukang provokasi takde fakta.

Ini aja lah kau ulang2

Bosan lah udah2 lah tu, buat malu parti aja.
Dah tu tiru kritikan aku pulak tu macam takde akal nak fikir sendiri

Aku kata puncak ke akar kau kata kepala ke ekor hahahaha.
Sama macam ketua kai aku janji pun ciplak manifesto pakatan.

Takde idea, sebab dalam umno takde ruang untuk orang bijak, tinggal lah golongan macam kau aja.

Serious bosan.

Cee tanya kt nuar apa dia buat.suruh dia jelaskan

Betul tu orang dh tahu sapa yang jual agama demi polittik.

Ko punya bos mmg ada telur sbb banyak buang kt hotel.semua orang tahu.

Hukum dia apa bro???

Hahaha asyik ayat macam orang takde akai hahahaha.

Hahahaha ini ke umno???
Ini ke penyokong UMNO bela melayu hahahaha

Tak jgak bro selagi ada beruk2 mcm penulis artikel di atas tu selagi tulh anwar dpt nyawa..
Mat sabu n ambiaga dijulang tp ckp ustaz pas yg lain x nk dgr..Inilh bodoh tak bertempat!!!

Macai dah mula bersuara
Hahahaha

Macai bn

Muka dah x tahu malu dah kalah kalah ler sibuk ja baik dok kedai mamak kena teh tariklg bagus

Siapa kata tak kalah,

Aku kata memang pakatan kalah pun bn memerintah apa nak malunya bro hahahaha.
Memang kalah pun kami pakatan.

Tapi kami ada hak membantah keputusan atas alasan kami sendiri dan bukti kami.

Tak kisahlah kau nak kata bukti tu kecik ke besar ke bukan kau yang putuskan, mahkamah akan tentukan nanti.

Ini hak kami
Kau tu yang sibuk,
Kau duduk lah kedai kopi bukan kami,
Yang kau meroyan dalam blog orang apahal????
Dah menang tapi tak senang duduk jugak ke???
Awat panaih ka???

Kami berjuang,
Sebab kami sedang berjuang untuk kali terakhir ini juga takdir.

Insyallah semoga Allah makbulkan usaha ini, jika tidak makbul sekalipun selepas Allah lorongkan akan usaha ini, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Dia jua Menentukan

Salam

Aku rasalah Jo, ko ni rasa ujub diri betul ye.. Cakap org lain jahil pun dah cukup nak tunjuk ko ni perasan ko pandai. Cukup2 lah Jo.. Ko siapa yg yakin sangat SPR menipu? Yang 100% yakin SPR rompak kemenangan PKR? Ko pun nak berlagak jadi tuhan jugak? Ko ke yang tahu niat sebenar SPR bertungkus lumus menguruskan pilihanraya? Ko ingat ko sorang ke kat dunia ni yang jujur luhur pada negara? Jangan pandang orang takde mata Jo.. Allah yg menjadikan makhluk pun menilai baik sesaorang walaupun sebesar zarah! Ko siapa? Jangan yakin sangat! Kalau SPR menipu, kenapa selepas pilihanraya baru puak2 ni sibuk buat report polis? Dalam gambar bukti black out tu ramai je yg terlibat, tapi kenapa org lain pulak yg biat report? Sebab diaorg tu waras dan rasional.. Dapat memahami dan bersangka baik sesama manusia. Tapi, apa yg korang dah buat pada negara? Aku ingat baiklah kita sama2 belajar sejarah dan faham bahawa sejarah itu sifatnya 'berulang'. Jgn ko sibuk melihat sesuatu keburukan yg sedikit sehingga ko terlupa pada kebaikan yg banyak.. Baca sejarah Anwar byk2 dan kaji peribadi beliau dgn hati dan mata terbuka.. Dan ko mintalah petunjuk pada Allah.. Semuga bila ko dah kenal dia, ko akan sedar generasi dan masa depan macamana yg dia janjikan utk Malaysia. Kaji jo, jgn tutup hati dan jgn perasan yg ko dah cukup pandai.. Dan jgn juga anggap org lain bijak.. Wallahualam..

Tahniah bro Jo sbb sabar dgn sifat kemunafikan rakyat marhain yg cuba spin fakta dan hujahan u yg sememangnya bleh diterimapakai..logiknya ada..penjelasan dlm bentuk islamik pun mudah difahami..tp d sebabkn mereka2 ini dungu lg jelik..maka pkra mudah disusahkn..yg ringan diberatkn..cuma aku bleh katakn yg mereka2 itu adalah org yg tersangat kurang cerdiknya..

Sorry Jo.. Maksud aku.. Jangan anggap orang lain TAK bijak..

Tu je lah komen ko pada org lain jo.. Kelakar lah, macam budak2 lah, bodoh lah.. Ko bunyi macam pandai je lagaknya.. Ko beriya2 berusaha nak bukti kan SPR menipu, macamana pulak SPR yg berusaha nak provide clean PRU for Malaysian? Ko fikir usaha SPR tu semudah usaha ko nak memusnahkan? Ko ingat Anwar to malaikat ke? Ko ingat dia takde cacat cela ke? Ko ingat kalau dia dapat jadi PM, maksiat, rasuah, corruption dan kroni tak berlaku le? KNajib dan org UMNO je yg buat perkara tu?Jo mmg suka underestimate orang lain. Tapi last2 ko yg under estimate diri ko sendiri. Patutnya ko boleh fikir lebih baik dari ni Jo! Jgn kena bodoh dengan Anwar!

Pelik..cmne bley maju kalo evry minit kat depan pc comment kat blog??

Mane dpt fakta tu bg jo? Fb ke twitter?? Pelik..kata anak2 muda berfikiran terbuka..tp dpt info dari satu pihak je..

logik pa bende bnyak auta dari fakta... islamik? bnyak lari dari soalan...he he he

Sape la kite nk kate org lain kurang cerdik..ilmu dah smpi mane bro?kalo iQ dah sampi mensa level, maybe baru laya2k kot..:-)

Emm kalo Allah taala xmakbulkan jgk doa2 ulamak pas untk mengKO kan umno bn,ape tndenye eh??

There is no fact here..typical pr blog..sometime annoying..

Kalau aku ada buat silap ujub riak takbur subhanallah aku mohon ampunnya.

Spr
Emmm oklah komen sikit

Pru12 apa jadi???
Pru 13 apa jadi???

Badan apa ni???
Badan suka2 ke apa.
Jadilah badan yang professional bukan yang bagi alasan.
Spr sepatutnya professional pada rakyat.
Jangan ada kuasa cakap sombong spr aja betul semua orang salah.
Dakwat aku pun hilanglah.

Wah bab orang lain kau suruh aku sangka baik,
Bab Anwar wow suruh kaji ini itu sejarah lah apa lah.
Tak ke pelik pesanan kau ni, ternyata sangka baik cuma pada,umno kan???

Masa depan Malaysia yang mana hang maksudkan???
Cuba tgk ekonomi lah
Siapa pimpin sekarang tgk defisit negara

http://www.beritasemasa.com/hutang-negara-malaysia-2013

Cakap lah yang betul dah berapa tahun asyik defisit aja.

Bro pesan aku pada kau pulak bersangka baik.

Jangan ingat umno tu betul

Aku menegur yang betul, bila Anwar kalah wah semua ketentuan lah masuk iman apa semua,
Kalau kereta kemek pun konfirm hang mengamuk.
Tak gitu.

Aku pun pesan sama jangan kene bodoh ngan,umno

Yang selama ni bodohkan melayu.

Ini politik bro bila buruk,kita tukar kalau pakatan buruk,kita undi bn lah.
Now yang buruk,bn.

Kau cakap macam tukar pemerintahan negara macam tukar agama jangan jadi budak2 it is normal.

Jangan jadi mangsa hasutan dan ditakutkan umno tu aja aku pesan

Tandanya hanya Allah mengetahui

Tak dapat diterjemahkan dalam,penafsiran akal.

So kau nak kata umno suci dan membawa kebenaran sebenar dalam alam,melayu dan islam
Dan umno dilindungi Allah ke???

By the way aku sebut dia macam budak2 sebab kau tgk aja komen2 dia bro.

Dia memekak,bagi sebaris dua,ayat dah tu belah dah baca pulak apa dia tulis tak menjawab perbincangan pun.

Masuk syok sendiri mengarut2 sebab tu aku sound.

Kau pulak masuk macam kau tahu semua pulak.

Kau baca balik semua komen kau akan sedar komen2 mamat tu macam mana bunyinya ok???

Bila orang cakap pasal jubur apa semua jangan kan nak tegur tgk pun tak, sebab aku menyebelahi pakatan kau pun tegur.

Macam aku kata UMNO aja betul sokong pakatan selamanya salah kan radin

Jo.. n.izzah x bleh msk sabah..sbb ada puak yg takut... bila takut maknanya faham dirinya lemah...PR ada kekuatan...lawan tetap lawan
sniper

Kalau dia kata dia faham oklah tu kau pulak tak setuju, dia baca dia faham pandai lah tu.

Tak semua dilahirkan bijak tapi semua dilahirkan berbakat jika kita asah bakat tu... Insyallah kita berjaya.

Tak perlu level tinggi untuk faham hujah aku pun. Kalau hujah semudah ini pun susah nak faham.

Memang sengal
Ulang2 benda sama

Wow English oh my english

Do you really want to know,what is so annoying about this blog???

Looking at umno maggots coming and cursing all the way.
Much less on the fact and can't even understand a very simple explanation.

Keep on going through the same issues over and over again, no matter how much and how many times you tried to explain. They just won't seem to understand.

And what is they won't even put a nick name.
And damn some of them are using my name.

Korang datang bukan untuk faham pun korang tukang provokasi aku tak pelik kalau dua tiga orang dok pusing isu sama.

Anjing pun kita boleh latih,
Tapi juak2 umno ni nak bagi faham pun susah.


EmoticonEmoticon