Tuesday

Kisah Razak, ketua kelas darjah 5 Berlian


Razak merupakan ketua, merangkap bendahari kelas darjah 5 Berlian sebuah sekolah di Johor. Setiap pelajar kelasnya diwajibkan membayar RM0.20 setiap hari sebagai duit kutipan kelas.

Melihat kutipan duit kelas setiap bulan mencecah RM180, maka kekasihnya Mahani, dari kelas darjah 2 Permata sering meminta duit daripada Razak untuk membeli ais krim.

Razak serba salah, bimbang rakan-rakan sekelasnya marah jika perbuatan membelikan aiskrim untuk kekasihnya itu terbongkar.

Akhirnya Razak mendapat idea untuk membolehkan wang kutipan kelas itu diberikan kepada kekasihnya.

"Mulai hari ini, awak boleh gunakan RM11.10 duit kutipan kelas saya setiap bulan untuk membeli ais krim" kata Razak kepada Mahani.

"Apa awak dah buat?" tanya Mahani.

"Menggunakan kuasa saya sebagai ketua, saya sudah lantik awak sebagai penasihat untuk pertandingan kelas tercantik" jawab Razak.

"Kalau kawan-kawan awak tahu dan marah nanti macam mana?" tanya Mahani lagi.

Razak berfikir sebentar, kemudian dia menjawab "Jangan bimbang, kalau rahsia kita terbongkar, saya akan istiharkan semua pelajar dapat saguhati RM0.20 hujung tahun nanti"

* Cerita di atas hanyalah rekaan, tiada kena mengena dengan individu yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Jika ada persamaan watak, ia hanyalah satu kebetulan

Sent from my iPhone 5


EmoticonEmoticon