Saturday

Kisah Amran di kedai runcit Pak Abu


Amran masuk ke sebuah kedai runcit untuk membeli shampoo. Pak Abu pemilik kedai sedang menonton laporan Buletin Utama, TV3 di kaunter kedai.

Sedang Amran memilih shampoo, tiba² kedengaran suara orang bertengkar. Rupanya Pak Abu sedang memarahi, kemudian menghalau seorang makcik.

Amran terkejut kerana dia kenal benar makcik itu, itu Mak Bedah jiran sebelah rumahnya. Dia lantas berlari mendapatkan Mak Bedah.

Amran: Apa yang berlaku Mak Bedah? Kenapa Pak Abu halau Mak Bedah tadi?

Mak Bedah: Mak Bedah nak beli kicap cap Kipas Udang, harga mahal sangat RM10, Mak Bedah tanya dengan Pak Abu boleh kurang tak? Terus dia halau...

Amran: Eh takkan mintak turun harga kicap pun kena halau?

Mak Bedah: Betul! Dia kata kalau Mak Bedah tak keluar dari kedai dia, dia nak telefon Polis!

Amran: Eh, takkanlah sampai nak report polis sebab minta turunkan harga barang? Dia nak buat report atas kesalahan apa?

Mak Bedah: Kata dia Mak Bedah nak GULINGKAN KERAJAAN. 

4 comments

Ok...molek sketsa tu kita jadikan satira pada puak2 yg nk bodohkan kita dgn kisah tu..."eh eh tak boleh minta murah nnti kena tangkap nk guling kerajaan".

Ibu bapa ini pesanan...Jangan minta kurang hantaran perkahwinan nnti dituduh nak guling kerajaan...nnti ditolak pinangan.

macam macam hal sekarang ini..


EmoticonEmoticon