Friday

Jumpa bungkusan misteri: Pesawat dari Singapura buat pendaratan cemas di KLIA


SEBUAH pesawat tambang murah dari Singapura yang membawa 145 penumpang menuju ke Chennai terpaksa buat pendaratan cemas‎ di KLIA pagi Khamis selepas anak kapal menemui sebuah bungkusan di dalam tandas pesawat.

Bagaimanapun, selepas diperiksa, pihak bomba dan penyelamat mendapati bungkusan yang ditemui dalam pesawat IndiGo itu mengandungi 3 jongkong emas dengan berat kurang 1kg.


Pendaratan cemas tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan, kerana anak kapal mengesyaki bungkusan itu mengandungi bahan kimia.

Pihak polis yang pada awalnya menyangka ia adalah bom kini menyiasat siapakah pemilik bungkusan tersebut. 

"Siapalah yang kaya sangat tinggalkan emas dalam tandas tu?"‎

7 comments

Ini mesti rosmah punya emas..

Ye betul. Rosmah dan najib harus bertanggung jawab. Siasatan harus dilakukan. Kih..kih..hik..hik..

Dapat dosa kering jerlah

Kompom bukan rosmah punya gold bar..sbb dia x naik pesawat tambang murah

Tak percaye pulak.. Milo tunjukkan bukti2 yang gold bar ni milik rosmah.. Bagi pencerahan kat mereka ni..

Emas barang berharga memang menjadi bahan penyeludupan, tak tahu la kalau ada orang nak seludop minuman tin milo dalam kapal terbang...

Fitnah rosmah nanti diakhirat letih kamu mencari dia.....


EmoticonEmoticon