Thursday

Pakatan desak ROS dan KDN lulus pendaftaran gabungan parti sebelum 8 Mac


‎PAKATAN RAKYAT (PR) menggesa Pendaftar Pendaftaran (ROS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kelulusan segera pendaftaran gabungan parti itu sebelum konvensyen PR 8 Mac ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke mempersoalkan sehingga hari ini permohonan Pakatan Rakyat sejak tiga tahun lalu tidak mendapat sebarang respon, tetapi ROS meluluskan beberapa pertubuhan parti politik baru.

"Kita mendesak ROS segera meluluskan pendaftaran parti gabungan ini sebelum konvensyen.

"Permohonan ROS bukan khusus kerana Kajang. Ada juga parti baru yang diluluskan ROS.

"Kenapa tidak Pakatan Rakyat pun lulus secara rasmi sebelum konvensyen?" katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Jelasnya, kempen Pakatan Rakyat menggunakan bendera dan logo dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bakal diganggu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) berikutan tiada kelulusan dari ROS.

"SPR kacau kempen kita. Bendera, logo, sebab kita tak sama antara tiga parti,

"Bila SPR datang, billboard pun dia suruh tanggalkan kerana katanya, parti yang bertanding bukan Pakatan Rakyat, tapi hanya satu parti sahaja," kata Anthony yang juga ahli parlimen Seremban.

"Sebelum ini BN pun cakap yang kita Pakatan Rakyat bukan dikira undi majoriti sebab kita bukan berada di bawah satu parti.

"Kita nak desak ROS beri kelulusan segera kepada Pakatan Rakyat," ujarnya. — Keadilandaily

5 comments

Nak lulus kena PR perintah negara

Tidur satu bantal, mengigau lain lain mana boleh daftar gabungan, idealogi tak sama, tak munkin, lalang tetap lalang mana nak sama dengan serai, piraaah !!!!

Hahaha, pr kena belasah dalam blog milo suam..

Manusia tidak berapa cukup persen saja mengaku tidur sebantal mimpi/mengigau sama...budak rock cakap kata gitu "bodoh piang".

Parti songsang mana nak luluih... merapu meraban


EmoticonEmoticon