Thursday

Mesej blogger Din Sharpshooter dari penjara






ASSALAMUALAIKUM
Salam Reformasi

Jika mereka fikir dengan memenjarakan saya, saya akan patah semangat, ternyata mereka silap orang.

Biarpun pada malam pertama saya dihumban di Block Damai bersama 9 orang penjenayah, bilik tiada lampu, tiada air, makanan selayaknya untuk anjing dan kucing, ini sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang.

Keesokannya saya dipindahkan ke Block INSAF bilik 34, betul² ‎bersebelahan dengan bilik hukuman gantung sampai mati. Bilik tersebut juga tiada air. Sehinggalah hari selasa, saya dipindahkan ke blok RSD (Klinik Penjara).

Semasa di blok INSAF saya diasingkan atas ketegori keselamatan. Di blok RSD pun saya diasingkan seorang diri.

Saya mulai berpuasa ‎hari isnin, hanya berbuka dan sahur dengan biskut kering dan air paip namun saya lebih terbayang dan terkenang nasib mangsa banjir di Kelantan dan Pahang yang teruk mereka alami, semoga mereka tabah hadapi ujian ini.

Terima kasih saya ucapkan pada semua yang simpati, beri sokongan dan bantuan pada saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua.

Saya cukup optimis, sang penguasa zalim akan tumbang juga akhirnya nanti. Tidak ada kerajaan zalim akan kekal selamanya. 

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu perjuangan akan diteruskan.

"BIAR JASADKU TERPENJARA, NAMUN JIWA TETAP MERDEKA"

Banduan Kajang,
Din Sharpshooter
15/1/2015



6 comments

Kertas tu macam dari buku nota Pantai Bharu, Klang

Hohoho MUHASABAH DIRI.
jgn biarkn dri kite terPENJARA dsbbkn org lain..

org lain sdp2 brsama ank2 n kluarga n rmah mewah..
Fikir2 kn lahhhhhh.

Setahu aku mana de banduan boleh tulis2 surat ni dgn mudah...boleh ada pen pulak...nak menipu agak2 la...dah cerita sedih bagai xda air la xda lampu la...ni ada kertas ngn pen pulak...amboi senangnya...

Senang je kalau takut nak masuk penjara jgn cite pasal perjuangan la kawan...ni mcm kalu mau sedey2 raih simpati...anuar beraim xda maknanya nk dengar...LGE lagi la xmau tau...lantak hang la sana...

Perjuangan konon...phuiii

Cerita karut. Jika benar, sebelum di penjarakan, mungkin dia lah hantu dari segala hantu...

Geng din kelang kut...

Din Sharpshooter berpeluang tulis mesej ini ketika peguam melawatnya di penjara...

Nak tulis cerita tak ingat dunia. Kena penjara salahkan orang. Lain kali fikir baik2 sebelum tulis. Ini baru penjara dunia. Dekat akhirat lagi teruk. Sudah2lah fitnah dan hina orang.


EmoticonEmoticon