Thursday

Pemerhati antarabangsa akan sertai Himpunan #KitaLawan 7 Mac 2015


AMARAN pihaj polis yang menyebut bahawa Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015 sebagai himpunan haram adalah tidak berasas. Undang-undang secara jelas menyatakan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. 

Manakala pandangan daripada pihak peguam dan pakar undang-undang adalah konsisten yang menjelaskan tugas polis adalah bukan untuk menghalang tetapi memudah cara dan membantu melancarkan pergerakan Himpunan.

Rancangan Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015 juga telah dimaklumkan kepada pertubuhan-pertubuhan berkaitan undang-undang dan hak asasi manusia dalam dan luar negara. 

Kami menyambut baik kesediaan Majlis Peguam Malaysia(Malaysian BAR) yang akan menghantar satu pasukan pemantauan (monitoring team) pada hari Sabtu ini. Kami juga mengalu-alukan kehadiran satu delegasi pemerhati antarabangsa berkaitan hak asasi manusia yang akan turut bersama menyertai Himpunan #KitaLawan Sabtu ini.

Justeru itu, kami menyeru rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai bersama dengan anak muda Sabtu ini bagi menyatakan hak kita untuk berhimpun secara aman. Anak muda juga sekali lagi memohon kerjasama pihak polis untuk jalankan tugas mereka seadilnya dan mesra rakyat. Himpunan #KitaLawan akan bermula jam 3.00 petang di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibupejabat PAS sebelum kita bergerak beramai-ramai ke Sogo.

Sebarkan.

5 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN

1 comments so far

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?

Sedutan dari sajak A. Samad Said
...
KEDEPAN pernah menyentuh akan isu ini,

Salam 1rasuah,

Masuk pasaraya tengok warga asing cuci lantai,
Makan kat pudu tgk warga asing sapu sampah,
Masuk klia tgk warga asing susun troli & cuci tandas,
Masuk car wash tgk warga asing cuci kereta,
Pasar malam kaw kilang @ pembinaan penuh warga asing beli barang,
Pergi nilai 3 beli kain dah mcm Pakistan kecil.
Tegok bersama mu baru nampak rakyat kita,
Kerja untuk rakyat diberi kepada warga asing. Apa sudah jadi?

KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.


EmoticonEmoticon