Friday

Ayah Halim, (ayah Adam Adli) kritikal, mohon doa semua



SAYA sejak jam 5am tadi berada di Hospital Seberang Jaya, Penang. Ziarah ayah Halim dan keluarga. Ayah Halim (ayah Adam Adli) kemalangan motor maghrib semalam, 23 april 2015 ketika dalam perjalanan menghantar wang pencen ibu mentuanya. Difahamkan  Kereta di hadapan tiba2 membrek dan ayah tak sempat mengelak langsung melanggar dan kereta di belakang pula langgar ayah menyebabkan ayah jatuh ke kanan yg kemudiannya dilanggar pula oleh kereta dari arah bertentangan.

Kecederaan dalam agak kritikal with a lot of internal bleeding. Kepala dan perut. Kini berada di wad 11 ICU-C. Usai melawatnya sebentar tadi. Tidak sedarkan diri dan kini organ yg berfungsi hanya jantung. Keadaan belum stabil...dan kiranya stabil akan dibedah.

Hanya mengharapkan KEAJAIBAN DOA semua yg bersambut dengan keizinan Allah jua.

Saya tahu ayah seorang yang kuat dan kami anak²  aktivis masih perlukan seorang ayah seperti dia. 

Teruskan berDOA.
Allahul musta'an. 


Aiman Athirah Al Jundi
24 April 2015, 06:32
Wad 11 ICU, Hospital Seberang Jaya, SPU, Pulau Pinang


EmoticonEmoticon