YDP PAS Padang Serai mohon maaf atas kenyataan terhadap Kak Wan

BEBERAPA hari ini kecoh tentang sebuah video ceramah YDP PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim yang mengatakan Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) boleh jatuh iman, dan mahu ditanam di jirat jika mati selepas tidak menyokong RUU355.

Dalam video bertajuk "YDP PAS Shaharuddin Ibrahim: Tak Sokong RUU355 jatuh kafir!" tersebut, pemimpin PAS itu berkata:

"Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan (sokong RUU355 di parlimen), kalau Kak Wan tak angkat tangan boleh menyebabkan jatuh iman, kalaulah ditakdirkan lepas tak angkat tangan tu mati, kami tanam di jirat".

Boleh tonton video tersebut di link ini — AmenoWorld

Shaharuddin dalam satu keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 29 September 2016, dilaporkan memohon maaf dan menarik balik kenyataan mengaitkan Presiden KEADILAN dengan RUU355 dalam sebuah kuliah maghrib baru-baru ini.



Ramai pihak yang mempertikai ceramah tersebut yang dilihat seperti menyalahgunakan agama untuk politik apabila mengambarkan seperti menyokong RUU355 sebagai satu tuntutan wajib dalam Islam sekaligus boleh terjejas iman jika tidak menyokongnya.

RUU355 sebuah Rang Undang Undang persendirian yang diusulkan oleh Presiden PAS sebelum ini sudah menjadi polemik sejak lebih setahun.

Segelintir orang yang menyokong menganggap RUU355 boleh membuka jalan kepada perlaksanaan Undang-undang Hudud di Negeri Kelantan melalui pemerkasaan bidang kuasa Mahkamah Syariah

Bagi pengkritik pula, RUU355 dianggap sebagai modal politik bagi menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada parti itu, terutama bagi segelintir golongan yang disifatkan 'extreme' bertindak mengkafirkan pihak yang tidak menyokongnya.

Hasil tinjauan aku di Twitter sebelum ini mendapati memang agak ramai (66%) orang tak faham tentang RUU355, ramai yang tak tahu bahawa RUU355 bukanlah Hukum Hudud.



Jadi tak hairanlah ada segelintir penceramah yang kurang arif tentang isu teknikal berkaitan RUU355 ini akan menyamakan ia sebagai Hukum hudud dan mengkafirkan pihak yang tidak menyokong.

7 Comments

  1. Setelah mulut busuk kamu mengeluarkan kata kata yang berbau fitnah, berbaloi kah kamu melafazkan permintaan "MA'AF"? Dimana the damage had been done. Kini sudah dua kali mulut kamu yang busuk itu mengucapkan kata kata fitnah. Dengan ada nya manusia yang jenis ini menjadi YDP di Padang Serai masih kah ada lagi umat di sana yang masih lagi mahu mendapak parti yang "BUSUK" ini?

    ReplyDelete
  2. Syabas YDP, berani akui kesalahan & bercakap benar(kenyataan diri sendiri). Ini bermaksud beliau ini manusia & tidak maksum. Bukan spt org2 yg berlagak sombong mcm tiada kesalahan walaupun melabel & mencaci hamun org lain. Syabas sekali lg. Andalah duta Islam sebenar.

    ReplyDelete
  3. Tak perlulah tuan Saadun nk menjadi hakim. Bukan tuan yg dituduh begitu masakan meroyan? Jika Kak Wan terima permohonan maaf, buat malu saja komen tuan ditonton umum. Belajar dari kesilapan adalah sebaik2 sekolah kehidupan berbanding bersifat bongkak & sombong. Setidak2nya dia sedar diri tidak sempurna mana berbanding penyokong2 PAN yg meroyan dlm blog masing2. Sedarlah, Nabi kita ajar utk menerima maaf, bukan menolak sbb balasan takut tertangguh perhitungan di padang mahsyar kelak. Buat2lah belajar ilmu agama tuan Saadun dan kita semua.

    ReplyDelete
  4. Kesian depa2 ni dah ikut.perangai umno...buat kenyataan pastu.minta maaf....kalau macammtu boleh kenyataan demikian pastu minta maaf...

    ReplyDelete
  5. itu laa dia....UMNO memperbodohkan orang melayu dgn perkauman ...PAS pula memperbodohkan orang melayu dgn islam & hukum...

    ReplyDelete
  6. jadi ke tak nak saman kes 90 juta?
    dah lama raya berlalu ni

    ReplyDelete
  7. Hadi tak Cukup Dokumen lagi.kena cari 4 orang Saksi baru buat Pendakwaan.Serban 5 kilo atas kepala yang buat Hadi tak dapat Berfikir

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan