Saturday

Budak sekolah kena ragut, baju sekolah koyak hp dan beg dilarikan


RAKAMAN CCTV yang viral menyaksikan pelajar perempuan memakai pakaian seragam sekolah berwarna biru muda menjadi mangsa ragut penjenayah menunggang motorsikal dalam sebuah kawasan perumahan.

Aku difahamkan rakaman CCTV tersebut diperolehi daripada salah sebuah rumah di lokasi kejadian. Dari pemerhatian aku, baju luar berwarna biru pelajar yang menjadi mangsa koyak rabak akibat pergelutan dengan peragut tersebut.

Mujur nampaknya tiada kecederaan yang serius pada mangsa.



Telefon yang digunakan sebelum kejadian itu berlaku dan beg sandang mangsa telah dilarikan oleh peragut.

Aku harap ibu bapa dan pelajar sendiri terutama perempuan selepas ini lebih berhati-hati dan ambillah pengajaran daripada video ini.

Aku nampak telefon bimbit salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ragut ini berlaku.

Budak-budak sekolah sekarang pakai hp canggih beriban-riban harganya, membuatkan peragut jadi merah mata sekaligus memungkinkan anda, anak anda atau saudara mara menjadi sasaran mereka.

Ambillah langkah keselamatan yang perlu, jangan tayang sangat hp mahal anda, elakan guna hp canggih-manggih anda di lokasi terpencil seperti dalam video.

Bila orang tak ramai, peragut jadi berani, awak pula perempuan, lagilah mudah peragut nak buat kerja. Macam harimau jumpa arnab.

Di bawah ini rakaman CCTV yang dimaksudkan, sila klik 'play' untuk menonton.



EmoticonEmoticon