Saturday

Jamal Samseng kantoi edit sendiri gambar lelaki berjanggut, bertongkat


PIHAK Polis dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki berjanggut dan bertongkat seperti di dalam video dan gambar yang tersebar di media sosial di mana menyaksikan seorang penyokong Bersih 5 diserang.

Jamal Samseng, Ketua Samseng Baju Merah atau nama sebenarnya Jamal Yunos cuba menafikan kewujudan lelaki berjanggut dan bertongkat yang dilihat ada bersama-sama dengan Perdana Menteri, Najib Razak dan Noh Omar dalam satu pertemuan yang tersebar di media sosial itu.

Jamal dilapor berkata, gambar seorang lelaki berjanggut, bertongkat serta memakai baju putih dengan logo Barisan nasional sebenarnya adalah gambar 'superimpose' yang telah diedit oleh pihak tertentu sebelum disebarkan ke media sosial.



"Itu gambar edit. Kita tak tahu siapa yang edit gambar itu dan diletakkan lelaki itu di belakang Perdana Menteri, Tan Sri Noh dan saya sendiri."

"Sekarang ini superimposed, macam-macam ada canggih, yang tak ada diada-adakan, yang ada tidak diadakan," katanya dipetik oleh portal mStar pada hari Khamis.

Gambar diambil di facebook milik Jamal Yunos

Jika benar kenyataan Jamal ini, maka individu yang meng 'edit' dan melakukan 'superimpose' terhadap gambar tersebut tentulah dia atau pihaknya sendiri. Ini kerana gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu sebenarnya diambil di halaman facebook miliknya sendiri.

Pada 9 Jun 2016 lalu halaman Facebook milik Jamal Yunos telah memuatnaik gambar lelaki berjanggut dan bertongkat tersebut dilihat berada di belakang dia, Noh Omar dan Najib Razak dalam satu pertemuan.



Anda boleh rujuk pautan-pautan gambar tersebut yang disertakan dihujung artikel ini.



Jika bukan dia atau pihaknya yang edit gambar itu, maknanya Jamal kantoi cuba menipu bahawa lelaki berjanggut dan bertongkat yang sedang diburu Polis itu sebenarnya memang pernah bertemu dengan dia, Noh Omar dan Perdana Menteri sekaligus jelas sekali dia cuba menyembunyikan identiti orang tua itu.

Inilah wajah penyokong dan pembela Najib Razak. Anda nilailah sendiri bagaimana kualiti pemimpin yang masih tinggal dalam Umno.

"Bila buka sahaja mulut terus terpampang kebodohan..."

Sumber Gambar:| Gambar 1 | Gambar 2 |

11 comments

Dah la samseng..penipu pulak
Sebijik mcm pemimpin yg dia sanjung2 tu...si Ajib

Dah lah penipu, bongok lak tu...tak tau dah nak kata apa lagi

Alahai bangangnya si Jamal ni

Allah selamatkan malaysia..hidup umno.hidup baju merah

PENIPU KALAU BERCAKAP TETAP MENIPU..SO JGN TRPEDAYA

mentaliti pemimpin dan pengikut baju merah dapat dinilai oleh semua masyarakat mlysia yg mmpunyai akal...kecuali mereka yg tidak berakal sahaja yg masih mnyokong gerakan merah

mentaliti pemimpin dan pengikut baju merah dapat dinilai oleh semua masyarakat mlysia yg mmpunyai akal...kecuali mereka yg tidak berakal sahaja yg masih mnyokong gerakan merah

Ooh mcm tu rupanya kau jamal

malangnya nasib rkyt sg besar ade pemimpin bongok cmtu..


EmoticonEmoticon